Skip to main content

Cerita Sedih Keisya Levronka Dalam Single Terbaru Tak Ingin Usai

 


Selepas  hampir  dua  tahun  tidak  mengeluarkan  karya  baharu,  penyanyi  berbakat  Indonesia,  Keisya Levronka  kini  tampil  dengan  single  baharu  berjudul TAK  INGIN  USAIyang  telah  dilancarkan  di bawah pengurusan Universal Music Indonesia pada 13 Mei 2022 yang lalu.TAK INGIN USAImerupakan buah tangan keempat Keisya Levronka selepas mengeluarkan Jadi Kekasihku Saja pada Julai 2020, Tergesa (September2020) dan Lagu Untuk Hari Ini (November 2020).Gadis  jelita  berusia  19  tahun  ini  antara  salah  seorang  penyanyi  muda  yang  aktif  mengeluarkan  karya baharu buat peminat setianya.  Menurut Keisya Levronka,single TAK INGIN USAIbercerita mengenai hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa danberpisah adalah jalan terbaik walaupun hal itu berat untuk dilakukan. “Pada pandangan saya, TAK  INGIN  USAI ini  menceritakan  hubungan  yang  terlerai  akibat  keputusan sebelah pihak. Perpisahan itu turut

 

menyebabkan pasangannya itu gagal meneruskan kehidupan, berasa hancur, menangis, tapi berusaha menerima takdir dan reda.  Bagaimanapun individu itu tetap berharap agar suatu hari nanti bakal dipertemukan lagi,” ujar Keisya menceritakan mengenai makna single TAK INGIN USAI.Menariknya  mengenai  single  itu,  Keisya  berkerjasama  dengan  seorang  penyanyi  yang  juga  penulis  lirik berbakat yang sedang meningkat naik, Mario G Klau manakala Tohpati bertindak sebagai komposer.

SIARAN MEDIALagu bertemakan percintaan ini sangat menarik dengan tema pop balada yang meruntun jiwa pendengar selain bait-bait liriknya yang begitu sarat dengan mesej menyentuh hati dan pesanan. Bercerita mengenai proses rakaman lagu itu, Keisya berkata, dia tidak mengambil waktu yang lama untuk memilih lagu TAK INGIN USAIsebagai pertaruhan terbaharunya.“Perjumpaan untuk memilih lagu ini sehingga sesi rakaman berlangsung dalam tempoh yang singkat.  Walaupun rakaman pernah tertunda dua bulan kerana faktor kesihatan saya, tapi selepas itu kami cuba selesaikan dengan segera“Sejujurnya

 


selepas saya dengar lagu ini, saya terus jatuh cinta, dan tak sangka Mario yang cipta lagu ini. Sejujurnya,  kami  belum  pernah  berjumpa  sampai  sekarang,  saya  ingin  bertemu  dengannya,  saya pengemar dengan lagu-lagunya,” katanya. Melihat  kemampuan  vokal  Keisya,  maka  tidak hairan  mengapa  lagu TAK  INGIN  USAIpantas  mencipta fenomena dan mudah diterima ramai apabila karakter suara dan vokal unik yang dimiliki menjadi senjata utama dalam dunia nyanyian. Muzik Video Bukan  hanya  boleh  didengari  di  kesemua  platform  digital,  malah  lagu TAK  INGIN  USAIjuga  sudah mempunyai muzik video yang dilancarkan di laman YouTube Keisya Levronka pada 24 Mei lalu. Mengakui teruja dengan hasil akhir muzik video terbabit, Keisya berkata, dia sangat tertarik dengan nilai estetik dan jalan cerita yang diketengahkan dalam muzik video itu. “Konsep videonya sangat bagus dan estetik. Sukar untuk saya gambarkan konsep muzik video ini yang mempunyai hubung kait dengan diri saya.

 

SIARAN MEDIA“Proses penggambaran yang berlangsung seharian dari pagi sampai petangdi  pantai  kota  Banten, Indonesia memberi satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. “Pelbagai cabaran perlu saya tempoh seperti mendaki ke tebing tinggi, berendam di pantai sambil lip sync, dan macam-macam lagi memori yang tak mungkin dilupakan. Kalian kena tengok muzik video ini,” katanya. Enggan syok sendiri dalam setiap karya yang diketengahkan, Keisya berharap single TAK INGIN USAIdapat mewakili perasaan dan menyelami isi hati pendengar. Selain itu, Keisya turut berharap lagu terbabit dapat mengembangkan sayap karier seninya dalam industri seni muzik. “Harapan saya, semoga apa yang saya sayang boleh anda semua sayangi bersama-sama.  Moga lagu ini menjadi peneman untuk anda meluahkan perasaan sedih. It’s okay not to be okay guys,jangan memaksa diri  sendiri  untuk  tahan  nangis,  tahan  diri  untuk  menjadi  kuat  di  depan  orang,  anda  semua  tidak  akan boleh  melawan  perasaan  diri  sendiri.  Jadi,kalau  sedih  mesti  dirasakan,  sambil  ditemankan TAK  INGIN USAIini,” katanya. Untuk  rekod,  muzik  video  dan  lirik  video TAK  INGIN  USAIsudah  meraih  135  juta  tontonan  di  YouTube sehingga  16  Ogos  2022.   

 

Malah  lagu  terbabit  turut  mendapat  perhatian  ramai  selebriti  tempatan  yang menyanyikan semula lagu itu mengikut rendasi masing-masing.Antaranya ialah Nabila Razali, Dalia Farhana, Aina Abdul, Nuha Bahrin, Aziz Harun, Tabby DOLLA, Syasya DOLLA, Meer Nash, Wani Kayrie dan Athalia. Lebih  membanggakan  Keisya  turut  meraih  Anugerah  Emas  daripada  syarikat  Universal  Music  Sdn.  Bhd sebagai pengiktirafan pencapaian single TAK INGIN USAIdi platform digital di Malaysia.

 

SIARAN MEDIABukan  hanya  itu,  single TAK  INGIN  USAIturut  menduduki  carta  tertinggi  di  beberapa  platform  digital seperti berikut: -Spotify Top 50 Malaysia #2-Spotify Carta Malaysia 50 #1-Spotify Viral 50 Malaysia #1-Spotify Hot Hits Malaysia #4-Spotify Pop Terkini!-Spotify Charts Top Songs Malaysia #2-Apple Music Top 100: Malaysia #2-YouTube Music Top Songs #9Profil ringkas Keisya LevronkaBakat  wanita  jelita  ini  dicungkil  daripada  program  pencarian  bakat  Indonesian  Idol  2019.    Dilahirkan  di Malang pada 2 Februari 2003, Keisya mula mengintai peluang dalam dunia nyanyian ketika usianya masih mentah iaitu 16 tahun. Bakat dan kesukaan menyanyi Keisya memang telah terlihat sejak kecil. Namun, walaupun memilikibakat menyanyi, ia tidak pernah mengikuti kursus atau  bernyanyi secara khusus. Bahkan,  sifatnya  yang  pemalu  dan  tidak  terlalu  percaya  dengan  bakat  yang  dimiliki  membuat  dia  tidak berani untuk mencuba nasib di program realiti sebelum ini. Bagaimanapun melihat bakat luar biasa yang dimiliki anaknya, ibu Kiesya mendaftarkan  Keisya  mengikuti sesi uji bakat Indonesian Idol secaraonline.

SIARAN MEDIASiapa sangka, Keisya Levronka berhasil mengambil hati kelima-lima juri dengan memberikan Golden Tiket kepadanya denganmembawakan lagu yang berjudul “Celengan Rindu” dari Fiersa Besari.Bagaimanapun perjalanan Keisya di Indonesian Idol 2019 terhenti di episod ke-12. Namun kariernya tidak hilang begitu saja, malah Keisya semakin hebat meneruskan kerjaya nyanyiannya. Instagram: https://www.instagram.com/keisyalevro...Youtube: https://lnk.to/KeisyaLevronka/youtubeTwitter: https://twitter.com/keisyalevronkaaFacebook: https://www.facebook.com/KeisyaIdol10

5 / 5

87%

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam