Skip to main content

Ifa Raziah Memohon Maaf ?

 


Terpalit dengan kontroversi bergelek di majlis akikah, Ifa memohon maaf secara langsung di konsert pertama Terpaling Juara yang bersiaran di TV3 sebentar tadi.


Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, turut memaafkan semua pihak yang mengguris hatinya.


"Dengan seikhlasnya, daripada hati saya, dengan rendah diri saya memohon maaf. Kita manusia tak sempurna. 


"Tak rugi saya memohon maaf kerana ia perbuatan yang mulia. Kalau kita saling bermaafan, rezeki lebih bertambah.


"Kepada yang terguris dengan kenyataan saya, kepada mereka yang tak suka tengok saya dengan ketelanjuran video-video saya, saya ingin memohon maaf.


"Saya harap perkara ini tak berpanjangan lagi. Saya terima semua kecaman. Sepatutnya, saya nak buat permohonan maaf di atas pentas selepas selesai persembahan, tapi saya tak berkesempatan, jadi saya minta maaf ketika ditemu bual di belakang," kata Ifa.


Menganggap kontroversi yang terjadi sebagai adat resam bergelar selebriti dalam dunia hiburan, Ifa hanya mahu meninggalkan kontroversi yang tercetus.


"Ini asam garam dunia seni. Perkara ni kita kena 'move on', lebih bagus sebenarnya. Tak payah nak simpan dalam hati, saya pun nak memandang ke hadapan.


"Apa yang penting, saya bersyukur kerana persembahan saya di konsert pertama menyampaikan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal Ziana Zain berjalan lancar," katanya lagi.


Isu hangat membabitkan pelantun lagu Ser Ser Ser itu mula tercetus selepas video dirinya bergelek di majlis akikah tular di media sosial.


Kontroversi terbabit mendapat perhatian dan teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma' Harun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba