KEBANGKITAN ANGKATAN PELAWAK BAHARU DI ‘AWESOME RAJA LAWAK’
Program
‘Awesome
Raja Lawak’ terbitan saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air)
Awesome
TV ialah sebuah pertandingan pencarian
bakat bagi mengenal pasti pelapis pelawak
versatil angkatan baharu sekaligus mengangkat martabat genre komedi ke
peringkat yang lebih tinggi.
Pertama
kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform perintis program realiti komedi
popular yang dahulu dikenali dengan jenama ‘Raja Lawak’ terbukti berjaya
mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni tanahair dan sudah
melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan
Razak, Sepahtu, Shiro, Zero serta ramai lagi.
Untuk
edisi yang terbaharu, seramai 14 peserta
yang merangkumi empat peserta solo, enam
peserta duo dan empat peserta trio
bakal bersaing di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ selama sepuluh minggu untuk
musim yang pertama. Empat peserta solo terdiri daripada Azhar, Kanmani,
Hanif dan Zunny. Peserta duo pula terdiri daripada Kumpulan Soda,
Se’eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Manakala peserta trio pula ialah
Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.
Uniknya,
format penjurian akan diadili
berdasarkan pemarkahan 70% oleh barisan
juri profesional dan 30% undian peminat secara online. Peserta yang mendapat markah
keseluruhan terendah akan disingkirkan.
PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL AWESOME TV |
|
Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli,
Pengarah Unit Kandungan Awesome TV
“Sebagai pemain baharu dalam
industri kandungan hiburan di Malaysia, strategi paling pantas untuk memikat
hati audiens ialah dengan meletakkan permintaan dan tabiat menonton mereka sebagai
keutamaan paling atas bagi memastikan saluran Awesome TV terus menjadi pilihan
ramai.
Melihat
kepada penerbitan pelbagai program hiburan sebelum ini, kami mendapati bahawa program-program
yang berteraskan komedi dan lawak jenaka amat popular di kalangan penonton dan
kami jangkakan genre ini akan terus mempelopori industri seni tanah air sekiranya
kualiti dan nilai komersial setiap pengisian yang ditawarkan berada di aras
yang tinggi.
Justeru,
pihak Awesome TV ingin melakar inisiatif strategik dengan menganjurkan edisi
terbaharu program realiti komedi popular ‘Awesome Raja Lawak’ dalam usaha mencari
pelapis pelawak angkatan baharu yang relevan, berilmu dan serba boleh.
Menerusi
‘Awesome Raja Lawak’, para peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat dan sisi
kreatif yang tersendiri agar mampu
melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain platform
komersial, kami juga turut menyediakan kelas bimbingan untuk para peserta bagi
memastikan kehadiran mereka di dalam industri hiburan kreatif bukanlah sekadar
tempelan sahaja.
Kami juga dengan
berbesar hati mengalu-alukan kehadiran nama-nama besar seperti Saiful
Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat untuk mengisi kerusi juri tetap serta barisan mentor
yang terdiri daripada Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu sebagai tarikan
utama edisi kali ini. Bagi menyuntik kelainan, kami turut memberikan
kepercayaan kepada Chiwan Cilok dan Nizam Jentik-Jentik untuk mengemudi pentas utama
dengan cara mereka yang tersendiri.
Dengan pengalaman dan penglibatan mereka dalam pelbagai cabang hiburan
sebelum ini, kami yakin kesemua mereka dapat berkongsi aura seni yang unik kepada
para peserta sekaligus dijadikan sebagai inspirasi kejayaan untuk pergi lebih
jauh.
Semoga
program ‘Awesome Raja Lawak’ bakal menjadi sebuah
lagi testimoni cemerlang untuk saluran Awesome TV dalam menawarkan program-program
hiburan beraneka format khusus untuk tontonan seisi keluarga. Selamat menonton!”
TRIVIA MENGENAI ‘AWESOME RAJA LAWAK’ |
|
1. Program ‘Awesome
Raja Lawak’ turut disokong oleh Koperasi
Amanah Pelaburan Berhad dan Her Beauty
selaku Penaja Bersama.
2. Bagi
merancakkan penerbitan edisi kali ini, produksi ‘Awesome Raja Lawak’ turut
memperkenalkan anugerah mingguan ‘Man of The Match’ yang akan diberikan
kepada peserta yang mendapat markah keseluruhan tertinggi pada setiap minggu.
3. Barisan penghibur versatil popular
yang terdiri daripada Saiful Apek, Khir
Rahman dan Ayda Jebat telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk mengadili pertandingan
‘Awesome Raja Lawak’.
4. Kesemua juri bakal menilai
para peserta berdasarkan keaslian idea asal dan kreativiti, teknik penyampaian
lawak dan persembahan serta kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan
berdasarkan tema mingguan.
5. Selain
itu, khidmat tiga pelawak tersohor yang terdiri daripada Ajak Shiro, Atu
Zero dan Tauke Jambu turut dibawa masuk sebagai ‘Mentor’ untuk
memberi bimbingan serta membantu persembahan mingguan para peserta.
6. Setiap peserta akan diberi
cabaran berbeza setiap minggu berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Antara
tema tersebut termasuklah muzikal, loghat, viral, parodi, seram, sejarah, bebas,
peribahasa, superhero serta banyak lagi.
7. Melihat
kepada keserasian dan reaksi positif yang diterima sewaktu penjelajahan sesi
uji bakat untuk mengenal pasti peserta ‘Awesome Raja Lawak’ sekitar bulan Jun
yang lalu, pelawak
berbakat yang semakin meningkat naik, Chiwan Chilok dan Nizam
Jentik-Jentik diberi kepercayaan untuk mengemudi pentas utama 'Awesome Raja
Lawak’ selaku pengacara program.
8. Menariknya
lagi, Chiwan dan Nizam turut berpadu suara untuk menjayakan lagu tema ‘Awesome
Raja Lawak’ yang berjudul ‘Kasi Berapa Up’. Lagu tersebut merupakan hasil
nukilan komposer Jeff A To Z.
9. Manakala
pengacara baharu yang juga merupakan pembaca berita program 7.57 terbitan
Awesome TV, Kamalia Jamaludin pula dilantik sebagai Pengacara ‘Back Stage’ untuk program
ini.
10. Juara ‘Awesome Raja Lawak’
akan membawa pulang wang tunai bernilai
RM50 ribu beserta trofi sumbangan Awesome
TV. Manakala pemenang tempat
kedua dan ketiga pula akan memenangi RM25
ribu dan RM15 ribu beserta trofi.
INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘AWESOME RAJA LAWAK’ |
Rangkaian
program ‘Awesome Raja Lawak’ akan disiarkan secara
eksklusif di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran
123) dan MyTV (Saluran 112).
Tiga
buah episod khas program ‘Hikayat
Awesome Raja Lawak’ yang menghimpunkan kompilasi istimewa sewaktu sesi uji
bakat yang diadakan di empat buah lokasi termasuk Kuantan (Pahang), George Town
(Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor) dan Shah Alam (Selangor) pada setiap hari
Rabu, jam 9.00 malam telahpun menemui penonton bermula 17 Ogos yang lalu dan
sehingga 31 Ogos 2022.
Manakala
klip sedutan sesi latihan, persediaan dan trivia menarik para peserta dapat
ditonton melalui liputan program ‘Kapsul
Awesome Raja Lawak’ yang berdurasi
selama 2 minit pada setiap hari mulai 18 Ogos 2022.
Konsert
mingguan ‘Gelanggang
Awesome Raja Lawak’ pula akan bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Jalan Hulu Kelang selama
10 minggu pada setiap hari Rabu, jam
9.00 malam mulai 7 September 2022.
Comments
Post a Comment