Skip to main content

Konsert Malai Solo Noraniza Idris eksklusif dan bertaraf antarabangsa



Kemunculannya pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-12 pada 1997 menerusi lagu
Awallah Dondang membawa nama Noraniza Idris terus meluncur jauh hingga
mendapat gelaran Ratu Irama Malaysia.
Deretan lagu seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Hati Kama, Tinting, Ngajat
Tampi, Hala Timur, Tandang Bermadah, Hatinya Tak Tahan dan banyak lagi adalah
bukti perjuangan yang dibawa Noraniza Idris dalam memartabatkan irama muzik
tradisional tidak pernah padam hingga sekarang.
Siapa boleh lupa setiap kali kemunculan Noraniza Idris sama ada di pentas AJL, acara
anugerah atau apa saja, persembahannya cukup meriah dan memukau. Gabungan
irama tradisional Melayu dan tarian cukup menyatu di pentas. Tidak dinafikan,
Noraniza Idris memang berada di liga dan kelas tersendiri.
Selepas 36 tahun, Noraniza Idris membawakan sebuah persembahan berskala
konsert, pertama dan terakhir yang pastinya cukup eksklusif serta bertaraf
antarabangsa diberi nama Konsert Malai Solo Noraniza Idris yang bakal diadakan
pada 21 hingga 23 Oktober di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.
“Sebagai seorang artis sudah tentu kita ada perasaan ingin buat konsert. Tapi
disebabkan saya baru satu album masa tu dan banyak kekangan seperti nak mencari
penaja dan sebagainya. Jadi saya teruskan dengan album lain dulu. Bila dah sampai
satu tahap itu memang betul-betul nak memastikan konsert itu menjadi kenyataan.
Tapi sayangnya tahun demi tahun ia memang sukar. Satu saja, kos penerbitan untuk
konsert ini sangat tinggi dan irama Malaysia ini bukan sekadar konsert biasa. Ia tak
sama dengan konsert lain.


Pendekatan saya dalam irama Malaysia ini, ia lebih kepada akademik, sahsiah dan
kokurikulum. Lagu-lagu saya ini bersifat mendidik dalam pelbagai aspek. Bila saya
nak bawa matlamat itu menjadi kenyataan memang agak sukar sebab ia
memerlukan kos yang terlalu besar. Sebab itu saya tak mampu nak buat konsert itu
daripada awal dulu sampailah sekarang ini baru menjadi.
“Bukanlah bermaksud saya dah ada penaja, tapi saya mempunyai satu pasukan
yang bagus. Jika sebelum ini saya tak cukup pasukan yang terbaik untuk
perjuangkan matlamat saya sebelum ini, tapi sekarang ini alhamdulillah, selepas 20
tahun berlalu barulah saya dapat tekadkan hati untuk jadikan konsert itu satu
kenyataan pada Oktober ini. Saya juga menjadikannya konsert terakhir kerana dah
terlalu lama dalam memperjuangkan irama ini. Sampai sudah saatnya saya perlu
capai satu perkara baru. Konsert sebegini perlu buat sekali dan tak boleh
berulang-ulang. Melainkan ada satu pendekatan konsep yang lain mungkin ia boleh
difikirkan. Konsert Malai Solo ini saya gabungkan semua repertoire dari seluruh
Malaysia dan jadikan sebagai satu konsert. Saya boleh buat konsert yang pelbagai
selepas ini, tapi ia tidak akan menjadi satu konsert yang unik dan eksklusif,” katanya.
Menurut Noraniza Idris, Konsert Malai Solo Noraniza Idris menggunakan khidmat
300 individu membabitkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan
pemuzik kelas A bertaraf filharmonik, kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap,
artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi
persembahan dan banyak lagi.
“Konsert ini berdurasi 120 minit tanpa henti. Ada transisi kita cuba ketengahkan
berkaitan saya. Tak berhenti sebab tak nak momentum jatuh. Bila bercakap konsep,
tak boleh melibatkan penari yang sedikit. Pentas pula sangat luas. Jadi, macam mana
nak memperlihatkan persembahan nampak gah, peranan utama nak fokus adalah
penglibatan dan karakter penari.
Maksudnya kalau ada segmen lagu Orang Asli sudah tentu ada elemen mistik
membabitkan orang luar yang mahir mengikut keperluan konsep, jadi ia perlu
membabitkan artis budaya luar yang kita jemput khas untuk satu slot.
“Lepas tu ada eleman membabitkan masyarakat Melayu dan peranan kumpulan
anak mudanya. Jadi macam mana nak ketengahkan kemeriahan anak-anak muda
menyampaikan mesej dalam tarian dan persembahan. Kepelbagaian elemen dari
kelahiran sampai dewasa, jadi mesti ada pelbagai karakter dikeluarkan. Begitu juga
dengan Sarawak yang ada elemen lain yang mana mereka yang betul-betul mahir
dengan tarian dan konsep etnik itu. Memandangkan pendekatan konsert saya
berkonsep antarabangsa yang membabitkan tiga negara, Malaysia, Thailand dan
Singapura. Kita bawa juga pendikir hebat dari Singapura. Kalau di Kelantan ramai
pendikir yang otai, di Singapura pula banyak budak muda. Jadi kami gabungkan
dua generasi sebanyak 60 orang untuk dua kumpulan.
“Boleh dikatakan, termasuk pemuzik, artis budaya utama, artis budaya undangan,
adalah seramai tidak kurang dari 300 orang. Bunyi macam gempak je tapi memang
betul. Cuma akan diselaraskan keluar masuk. Masing-masing ada peranan tertentu,”
katanya.
Noraniza Idris berkata, pemilihan nama Malai Solo adalah simbolik kepada
persembahannya yang disulam dengan kepelbagaian budaya selain bakal
menyaksikan kemeriahan di pentas dengan dipenuhi segerombolan penari.

Definisi Malai ini iaitu sekuntum bunga emas yang diletakkan di lembing
pahlawan-pahlawan satu ketika dahulu. Jadi saya ambil ia sebagai satu simbolik
semangat juang kepahlawanan dan diolah sebagai satu identiti dan tema untuk
konsert ini. Jadi, Malai ini adalah bunga yang disulam, macam budaya kita ini.
Ibarat satu perjalanan menelusuri budaya dari satu kesenian ke satu kesenian yang
lain. Seni dan budaya ini ibarat bunga emas atau khazanah yang sangat berharga.
Solo itu saya maksudkan kepada diri saya sendiri.
““Banyak saya dengar orang selalu kaitkan saya dengan segerombolan dan tak boleh
dipisahkan, bila mereka kata macam tu, secara tak langsung mereka dah nampak
identiti saya di situ, jadi itu adalah perkara pertama saya akan penuhi. Sebab kalau
kita lihat pada persembahan saya, saya keluar dengan enam etnik terbesar di
Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan Orang Asli. Kemudian ada
sub etnik seperti Jawa, Minang dan macam-macam.
“Semasa zaman Anugerah juara Lagu, saya bawa persembahan saya untuk
pertandingan dan diterima. Bila diiktiraf orang mula panggil saya dengan gelaran
Ratu Irama Malaysia, Ratu Etnik Negara, Ratu pop Tradisional mungkin sebab
penerimaan mereka terhadap lagu-lagu seperti Dikir Puteri, Ngajat Tampi jelas
ketara kelainannya dan menyumbang kepada kejayaan masa AJL dulu menyebabkan
orang kenal saya. Jadi dalam persembahan nanti, kalau tengok pada konsep lagu
memang kena disesuaikan dengan konsep persembahan fiesta nya, mistiknya,
macam mana nak ketengahkan menjadi kisah dalam lagu yang meninggalkan kesan
pada penonton,” katanya.
Bercakap mengenai jangkaan konsert itu, Noraniza Idris memberi keyakinan ia bakal
menjadi konsert yang luar biasa kerana melibatkan kerjasama kumpulan kreatif yang
hebat. “Kos konsert ini memang tinggi. Persembahan pun kena bagi yang ‘wow
factor’ dan bukan sekadar bentuk akademik saja, tapi suntikan hiburan 70% kena
ada. Saya percaya kebolehan Tok Ram. Kenapa saya pilih dia? Dia orang industri yang
ikhlas dan jujur memperjuangkan muzik. Dia suka pada suatu benda yang dia terokai
dan eksperimen kan. Dia tahu, saya ada lagu-lagu yang pernah diciptakan oleh
Allahyarham Pak Ngah, dia tidak akan menjadi seperti lagu yang biasa didengar bila
dengan sentuhan Tok Ram. Ini dah terbukti dengan konsert-konsert besar yang
diterajuinya. Sudah tentu dia akan memberikan sentuhan pada tahap lain kepada
lagu-lagu persembahan saya. Boleh dikatakan, susunan muzik sangat eksklusif dan
Tok Ram sangat cerewet. Dia akan tapis dulu lagu-lagu pilihan saya. Lagu-lagu utama
yang dia rasa tak menguntungkan saya buat, dia akan buang dan ganti yang dia
rasakan lagu itu adalah halwa telinga yang diperlukan oleh penonton.
“Satu lagi, bukan Tok Ram saja, tapi membabitkan pemuzik level filharmonik semua
yang terbaik yang akan iringi lagu tradisional saya. itu saja sudah nampak kelas
tersendiri yang saya cuba cipta dalam Malai Solo ini. Saya yakin, siapa sahaja yang ke
konsert ini pasti tidak akan kecewa kerana Malai Solo bukan sekadar konsert biasa.
Ia disusun terperinci dan disesuaikan untuk tontonan masyarakat luar negara yang
ingin mengenali Malaysia secara lebih dekat menerusi satu perhentian.
Dalam masa yang sama mengambil kira keperluan masyarakat Malaysia dari pelbagai
generasi untuk hadir menonton. Ia konsert luar biasa, dari segi persediaan, susunan
muzik, kualiti pasukan, pembabitan tenaga mahir seperti pengarah persembahan,
koreografi, membabitkan pemuzik lain-lain. Libatkan juga pasukan teknologi,
gabungan tradisional dengan orang yang mahir dalam industri. “Harga tiket saya,
masih di tahap sederhana di Istana Budaya. Bukan dalam kategori yang sangat mahal.
Kalau tengok pada sejarah Istana Budaya, tak boleh letak terlalu rendah juga. Ramai
juga yang boleh dating sebelum ini. Saya yakin harga yang diletakkan adalah berbaloi
untuk semua. Inilah cara untuk menghargai seni budaya kita di tahap yang tinggi dan
berprestij sebagai tarikan pelancong.”
Idea dan konsep Konsert Malai Solo Noraniza Idris adalah daripada Noraniza sendiri
sementara pengarah konsert, Ahmad Saifulizam atau Gbam, pengarah persembahan,
Mohd Seth Hamzah dan pengarah artistik, Siso Kopratasa.
Tiket-tiket telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com
dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1599.00, VIP Dikir Puteri RM899.00, Intan
Payung RM399.00 dan Hati Kama RM299.00.
Bagi pelancong domestik atau luar negara yang ingin bercuti dengan pakej Malai
Solo, pakej boleh terus didapati menerusi emel kepada Gemala Travel di
gemalainfo@gmail.com atau menghubungi talian 019-3342478.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam