Skip to main content

16 BARIS KEMBALI LEBIH HEBAT DI MUSIM KETIGA


 Setelah lama ditunggu-tunggu, rancangan pencarian bakat hip hop yang paling diraikan di Asia, 16 Baris kembali dengan lebih hebat di musim yang ketiga. Memperkenalkan bakat-bakat terbaharu dalam dunia hip hop, rancangan ini menjanjikan lebih banyak aksi luar biasa berbanding musim-musim yang lalu.
Masih mengekalkan format yang sama seperti sebelumnya, ia menampilkan sutradara hip hop tersohor, Shahrin Bahar yang pernah menghasilkan video muzik hebat seperti Ciao, Veto dan terbaharu lagu tular, Swipe.
Menurut pencetus idea rancangan tersebut, tokoh hip hop Joe Flizzow, musim ini menampilkan lebih banyak rentak dan muzik hip hop hasil sumbangan para penerbit yang turut serta bersaing.
“Dengan begitu banyak bakat baharu, setiap peserta mempunyai potensi untuk menjadi bintang hip hop seterusnya. Pastikan anda mengikuti perkembangan bakat-bakat serantau dari negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura, dan Indonesia. Kami sangat gembira dengan penyertaan yang merentasi rantau,” kata Joe tentang rancangan tersebut.
Menampilkan ramai bakat serantau dan antarabangsa, generasi baru penyanyi rap ini membuktikan kebolehan mereka dengan menyampaikan lirik hip hop dalam aneka bahasa serta dialek.
“Itulah naratif sebenar 16 Baris, ia lebih besar daripada hip hop sendiri. Ia sebenarnya bertujuan menyatukan dan menghidupkan lagi komuniti ini, serta pada waktu yang sama memperkenalkan bakat-bakat baharu yang ada,” jelas Joe.
Joe turut menegaskan bahawa rancangan ini memberi peluang kepada semua tanpa mengira jantina, bangsa dan warna kulit kerana setiap orang berhak dihormati secara saksama .
“Sebagai contoh, sejarah muzik telah membuktikan bahawa wanita merupakan antara penyanyi rap paling hebat dalam industri seperti ikon-ikon agung bak Lauryn Hill, Missy Elliot, dan ramai lagi,” tambah Joe.
Joe juga berharap 16 Baris akan terus memberi inspirasi kepada semua yang menyimpan harapan untuk terus berusaha dan memperhebat bakat mereka.
“Kami menerima banyak penyertaan daripada ramai orang. Maaf kami tidak dapat menyelitkan semuanya tapi saya harap anda terus berusaha kerana musim keempat bakal muncul tak lama lagi. Kami gembira dapat kembali setelah berehat seketika gara-gara pandemik dan sebagainya,” kata Joe menutup bicara dengan nada gembira.
Syarikat telco Tune Talk turut teruja untuk bekerjasama sekali lagi musim baharu ini. Dibanjiri oleh 5,000 peminat di Konsert 16 Baris 2018, acara ini telah menempa nama sebagai konsert hip hop terbesar di Malaysia.
"Kami sentiasa berusaha untuk memperkasakan golongan belia dan menyokong persada muzik tempatan. 16 Baris adalah platform terbaik dalam mengetengahkan bakat baharu yang dipilih sendiri oleh para 'OG hip hop' bagi mempamerkan bakat dan potensi mereka." kata Joseph Lim, Ketua Pegawai Pemasaran Tune Talk
Musim ketiga 16 Baris kini sudah boleh ditonton di saluran YouTube. Bersedia untuk mengagumi bakat-bakat baharu ini!  16 Baris musim ketiga dipersembahkan oleh Tune Talk dan ditaja oleh Nike.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam