‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA
Segalanya lagi gah dan hebat menerusi ‘All Together Now Malaysia’ musim kedua (ATNMY 2) yang bakal menemui para penonton Astro mulai 11 Disember ini. Dengan bahang ‘Gegar Vaganza 9’ yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ‘ANTMY 2’ bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi. Berdasarkan format asal ‘All Together Now’ terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan glamor dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita yang membawa keunikan kepada adaptasi Malaysia berbanding dengan adaptasi negara-negara lain. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ‘ATNMY 2’. Kehadirannya pasti meriuhkan lagi suasana musim terbaharu ini kelak. Saksikan ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Nasib para peserta akan diadili barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY 2 Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi. Seramai 20 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan. Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi. Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Datuk Syafinaz Selamat selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium
SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY 2’
Datuk Syafinaz Selamat Sophia Liana Widy Hamzah Datuk Aznil Hj Nawawi Izzue Islam Keanu Azman Ajai AG Coco Falyq Hikyle Ernie Zakri Amir Masdi Thanuja Elly Mazlein Aisha Retno Suresh Reshmonu Danial Chuer Hafida Samad Jaclyn Victor Catriona Ross Shashic Rozita Che Wan Ayie Elham (Floor88) Isha Norisham Khai Bahar Ara Johari Sherry Ibrahim Joey Daud Liza Hanim Dr. Ram Siti Nordiana Afeeq Wahab Ali Sariah (Masdo) Ifa Raziah Bunga Wany Hasrita Nikki Palikat Dr Soo Wincci Marsha Milan Maryam Vince Chong Adeline Tsen Shila Amzah Danial Zaini Sissy Imann Yaya Zahir Hafiz Hamidun Edrie Hashim Tomok Kelly Azman
Rakaman konsert mingguan ‘ATNMY 2’ yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan berlangsung selama 9 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang dan pasca konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Kapsul Di Sebalik All Together Now Malaysia Musim 2’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 8 Disember 2022. Program khas ‘Extended All Together Now Malaysia Musim 2’ pula akan menyiarkan klip ‘snippets’ menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam bermula 16 Disember 2022. Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ serta laman media sosial Gempak akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 11 Disember 2022.
Comments
Post a Comment