Skip to main content

NABILA RAZALI LANCAR SINGLE AKU TERLUKA, KESINAMBUNGAN PELUANG KEDUA




Selepas kejayaan lagu Peluang Kedua dan Putus, Nabila Razali kini sekali lagi muncul dengan single berentak balada pada tahun 2022. AKU TERLUKA ini merupakan hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF.


“Selepas Putus yang dilancarkan pada hari lahir saya tahun lepas, saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua. Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu AKU TERLUKA ini. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini” katanya. 


Nabila ditemui pada sidang media lagu AKU TERLUKA yang diadakan di pejabat Universal Music, di sini, pada Rabu.


SIARAN MEDIA

Muzik video AKU TERLUKA akan dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula jam 9 malam ini. Lebih menarik, muzik video berkenaan sekali lagi menampilkan, pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini juga pernah berkolaborasi dalam muzik video lagu Peluang Kedua.

Menurut Nabila, pemilihan MK adalah bagi meneruskan jalan cerita untuk lagu Peluang Kedua. 


“Saya sengaja memilih MK sekali lagi untuk membintangi muzik video lagu baharu ini kerana sambutan luar biasa peminat terhadap lagu dan muzik video Peluang Kedua. Muzik video AKU TERLUKA akan menjawab pertanyaan ramai tentang pengakhiran mereka dalam lagu Peluang Kedua itu” ujarnya. 


AKU TERLUKA mengisahkan tentang sebuah percintaan yang tidak kesampaian kerana pemergian sang kekasih buat selamanya. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain redha dan teruskan hidup bersama memori percintaan mereka.

 

AKU TERLUKA merupakan lagu ketiga terbitan Nabila Razali Entertainment yang juga single ketujuh buat dirinya dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

 

Single AKU TERLUKA boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 7 Disember ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam