Skip to main content

COF LOCKSTAR program realiti pertama secara dalam talian


 

Syarikat rakaman COF Music dengan bangganya memperkenalkan program realiti pertama secara dalam talian iaitu COF LOCKSTAR. Program yang memulakan pencarian peserta juga secara dalam talian sejak bulan lalu itu berjaya menerima lebih 2,000 penyertaan. Bagaimanapun, hanya 12 peserta terbaik layak ke peringkat seterusnya. Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat dan kualiti. Malah, bagi Aman satu cabaran besar buat dia dan seluruh pasukan dalam menjayakan program realiti ini kerana sepenuhnya diadakan secara dalam talian. “Apa saya boleh katakan, ini program realiti pertama yang sepenuhnya dibuat secara virtual atau dalam talian. Sudah tentu memberikan cabaran tersendiri pada pasukan produksi terutama dari segi nak mencari kualiti peserta. “Ada lebih 2,000 video yang dihantar di mana semua perlu dinilai terlebih dahulu oleh juri profesional sebelum memilih 12 yang terbaik. Daripada jumlah itu, lima atau enam peserta akan berentap pada peringkat akhir iaitu pada minggu kelima. Selebihnya akan melalui proses penyingkiran dari minggu pertama sehingga empat,” katanya. Menurut Aman, misi mencari bakat baharu yang segar bakal tercapai apabila 12 peserta yang terpilih itu bukan dalam kalangan artis atau penyanyi sedia ada. “Daripada 2,000 video itu, ada juga artis yang hantara. Tapi, disebabkan mereka terikat kontrak dengan syarikat rakaman, jadi kita tak boleh terima. Sebab antara syarat penyertaan adalah bergerak sendiri. “Jadi, 12 peserta yang terpilih ini memang semua segar, wajah baharu tapi mempunyai bakat luar biasa. Dalam masa sama, kebanyakan mereka ini juga lebih suka berkongsi bakat dimiliki di media sosial seperti membuat nyanyian semula lagu atau ‘cover version’. “Paling penting, pemilih 12 peserta ini dinilai oleh barisan juri profesional sekali gus memberi nilai tambah pada kualiti mereka,” katanya. Daripada 12 peserta itu, satu peserta berkumpulan, satu secara trio, tiga rappers dan selebihnya solo. Persembahan mingguan bakal ditayangkan secara Live Stream bermula Sabtu, 28 Ogos, jam 9 malam di Youtube & Facebook COF Music

Istimewanya, COF LOCKSTAR turut menampilkan lima penyanyi terkenal tanah air selaku juri profesional iaitu Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah, Tomok dan Altimet. Sementara, Ajak selaku hos program dan komposer, Pown Hasril selaku Pengarah Music. Mengulas mengenai pemilihan empat juri itu, Aman ada alasan tersendiri kenapa memilih semua penyanyi lelaki. "Bagi menghangatkan lagi program ini, kami memilih Ajak selaku hos dan lima penyanyi terkenal menjadi juri profesional. Lagi pula Hazama, Akim, Black, Tomok dan Altimet pernah menjadi juri untuk program realiti. Kebetulan kita memang mencari bakat baharu, jadi pemilihan mereka ini sangat sesuai. "Pada saya tidak ada istilah kenapa semua juri lelaki dan tak ada perempuan, yang penting mereka profesional. Mereka juga bepengalaman, semuanya pun hebat. Itu yang pada saya sesuatu yang menarik. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Kalau nak tahu apa pilihan mereka kena tengok di saluran YouTube COF Music nanti," katanya. Hadiah pemenang adalah tempat pertama bernilai RM50,000 yang mana merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music. Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu 'Most Creative' dan 'Most Viewers' yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba