Skip to main content

Thank You Allah 100,000 Tontonan Di YouTube



 Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube. 


Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan. 



Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video. 


“Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan. 


“Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham. 


“Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Insafi diri adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisiNya,” katanya. 


Berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjayakan  muzik video berkenaan, isteri pemuzik Datuk Ramli MS ini bersyukur kerana kerjasama yang diberikan kelima mereka memudahkan proses penggambaran. 


“Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap bisnes dan sebagainya. Jadi bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati. 


“Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta team produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah. 


“Iyalah, pastinya ada kekurangan juga dari pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan.


“Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja,” katanya.


Alyah pada masa sama terharu apabila menerima maklum balas positif pendengar selain lagu kerohanian berkenaan sering menjadi latar muzik di media sosial, khasnya di Instagram. 


“Lagu ini dilancarkan pada Ramadan dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.


“Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Saya macam... hanya dengan satu sebab Allah beri pada saya lalu saya berkongsikan pada mereka di luar sana untuk sama-sama insafi diri dan syukur nikmat. 


“Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. InsyaAllah Dia akan sentiasa ada dengan kita. 


“Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini suatu semangat, itu sudah memadai, alhamdulillah bagi saya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba