Skip to main content

SEKUEL KEDUA DRAMA ‘SAGA 2.0’ TAMPIL PLOT SERBA BAHARU

 



Kesinambungan kisah aksi mantap yang sarat dengan pengajaran menerusi empat buah episod istimewa di Astro Ria mulai 18 Ogos ini

Drama mini bersiri ‘SAGA 2.0’ merupakan sekuel kepada bahagian pertama naskhah ‘SAGA’ yang menampilkan penceritaan penuh aksi bertemakan elemen pertarungan seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) terbitan syarikat produksi MediaCorp TV Singapore Pte. Ltd. Kesinambungan bahagian kedua bakal mengetengahkan konflik dan plot twist serba baharu yang dikembangkan daripada edisi pertama bagi menyuntik kelainan segar untuk naratif kisah kali ini.

 

Sekuel ‘SAGA 2.0’ diarahkan oleh sutradara Khairudin Samsudin serta turut menampilkan Azizah A Malik selaku penerbit eksekutif dan Azian Pasiran selaku penulis skrip. Drama ‘SAGA 2.0’ diterajui oleh pelakon handalan seperti Imam Shah, Jeff Catz, Hasnul Rahmat, Hannah Delisha dan Shah Iskandar. Lebih istimewa lagi, drama ini turut diserikan dengan penampilan khas oleh bintang atlet MMA iaitu  Amir Khan dan Agilan Thani.

 

‘SAGA 2.0’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 18  Ogos 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

Raqim Ahmad,

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro


“Selaku stesen TV berbayar, kami bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan audiens yang sentiasa mahukan pengisian segar yang lari dari kelaziman. Khusus buat penggemar rantaian drama Melayu, taruhan terbaharu kami menerusi drama mini aksi ‘SAGA’ bahagian pertama yang berakhir semalam pastinya telah meninggalkan rasa berbeza kepada penonton.

 

Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan pula sekuel kedua secara ‘back-to-back’ istimewa buat penonton yang telah mengikuti kisah ini sedari awal.

 

Drama ‘SAGA 2.0’ bakal menjanjikan konflik yang lebih dramatik dan mendebarkan. Walaupun hadir dengan plot penceritaan serba baharu, momentum perjalanan cerita asal masih dikekalkan agar audiens dapat menyelami apa yang ingin disampaikan dalam bahagian kedua. Elemen yang membabitkan aksi lawan penuh lasak pastinya bakal memberi keterujaan kepada penonton yang mahu menyaksikan gaya pertarungan seterusnya. Penceritaan drama ‘SAGA 2.0’ juga mudah difahami serta turut disuntik dengan elemen kekeluargaan dan pengajaran sebagai pelembut keseluruhan jalan cerita.

 

Selain pengenalan watak-watak baharu untuk menghidupkan plot kali ini, fokus penceritaan kali ini juga terarah kepada pembinaan watak ‘Zack’ dari musim pertama yang dikembangkan menjadi lebih besar dengan jalan ceritanya yang tersendiri. Kami berharap agar sekuel kedua drama ‘SAGA’ dapat memberi kepuasan kepada peminat genre aksi kerana ia bukan sahaja menghiburkan, malah turut mempunyai kritikan sosial berhubung dengan isu konflik yang diketengahkan. Semoga terhibur!”.

 

Berkisarkan tentang Zack yang menghadapi masalah hubungan dengan ayahnya, Borhan, seorang guru silat. Hubungan mereka menjadi genting apabila Borhan mendapat tahu Zack terlibat dalam MMA. Malangnya, anak dan ayah tidak sedar siapa musuh mereka sebenar. Musuh mereka adalah orang kepercayaan Zack iaitu Ryan dan murid setia Borhan, Farouk. Konflik mereka meruncing apabila Ryan dan Farouk berjaya memutarbelitkan keadaan. Mujur, teman wanita Zack, Sofea berjaya mendedahkan kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba