Skip to main content

PROGRAM ISTIMEWA DEDIKASI KEPADA WIRA NEGARA

 



Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada 28 Ogos 2021 dari pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam. 


Malam #BaikSemula memberi penghargaan tinggi kepada barisan petugas hadapan yang komited dengan amanat yang diberikan dan atlet negara di sukan Olimpik Tokyo 2020. Antara tetamu yang akan ditemu bual ialah Dato' Azizulhasni Awang, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani, Douglas Lim dan ramai lagi. Para penonton juga akan disajikan dengan beberapa muzik video pilihan yang menjadi peneman dan pemangkin semangat rakyat Malaysia tatkala diuji dengan pelbagai rintangan dan menempuhi detik-detik yang paling mencabar ini. 


Sejak penularan wabak Covid-19, barisan petugas hadapan komited menggalas tanggungjawab mereka demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia. Dokumentari Majalah 3 siaran 17 Mei yang memaparkan keadaan getir yang dihadapi petugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) mendapat perhatian luas terutamanya keluhan dan titisan air mata Jennifer Asha Clement, jururawat Unit Rawatan Rapi di Hospital Sungai Buloh yang ditugaskan untuk menjaga pesakit Covid-19 yang kritikal. Pastinya penonton ingin tahu tentang perkembangan terkini di sana dan harapan beliau tentang perjuangan pandemik ini. Ikuti perkongsian beliau di program Malam #BaikSemula. 


Dalam harapan untuk memulihkan negara, rakyat Malaysia kini menyahut saranan untuk mengambil vaksin. Kami juga kongsikan ucapan khas dari Dr. Safwan Saifudin dari PPV Grand River View, Kota Bahru, Kelantan, Dr Zulfa Vety Dol Bakri, Penyelaras PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) Daerah Port Dickson dan Siti Sarah Ahmad Jalaludin, jururawat kesihatan di PPV Port Dickson. 


Pada malam itu, Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana akan mendalami jiwa atlet negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau akan menceritakan persiapan rapi yang dilakukan ketika keadaan pandemik Covid-19 masih berleluasa. 


Music can heal. Lagu mampu merawat duka dan memberi semangat kepada kita. Situasi pandemik tidak menghalang penggiat seni untuk berkongsi mesej positif menerusi karya kreatif masing-masing. Lagu tema kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique telah menyuntik semangat dan memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kita pasti akan baik semula. Ikuti perkongsian mereka di sebalik tabir pembikinan muzik video dan juga apakah harapan mereka menerusi perjuangan ini. 


Malam #BaikSemula juga mendedikasikan lagu-lagu pilihan kepada mereka yang membanting tulang untuk memerangi pandemik Covid-19 ini termasuk barisan petugas hadapan dan wira-wira negara yang tidak didendang. Antaranya, ‘Baik Semula’ kolaborasi antara Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique, ‘Bangkit’ oleh Salamusik dan Altimet, ‘Anugerah Terindah’ daripada Alif Satar & The Locos, ‘Warna Warni’ kolaborasi istimewa Aina Abdul dan Daniesh Suffian, ‘Sengsara’ buah tangan baharu daripada Khai Bahar untuk tonton CINEMA original, Dendam Penunggu, ‘Nota Hasratku’ oleh Ahmad Adly dan tidak ketinggalan juga lagu hits daripada ikon KPop, BTS iaitu ‘Permission To Dance’.


Selain itu, nantikan Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman dan Ahmad Adly  iaitu barisan pelakon utama dari Dendam Penunggu, sebuah filem seram yang bakal strim di tonton CINEMA tidak lama lagi.


Jangan lupa janji temu anda di Malam #BaikSemula, 28 Ogos 2021, pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 dan Youtube TV3Malaysia Official. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia Gunakan #KitaMalaysia #BaikSemula untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam