Skip to main content

Janna Nick, Hairul Azreen & Hun Haqeem sambut raya bersama Mobile Legends



 Mobile Legends: Bang Bang, arena pertempuran berbilang pemain mudah alih dengan komuniti permainan terbesar mengumumkan liga wira terbarunya - Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem menjadi wajah kempen 515 mereka pada Raya ini.

 

Pemilihan selebriti-selebriti ini amat penting bagi pelan pengembangan perniagaan mereka kerana syarikat permainan digital antarabangsa itu ingin mengukuhkan tapak mereka di Asia Tenggara.

 

“Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games.

 

Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem sambut Hari Raya sebagai wajah hero Mobile Legends: Bang Bang bagi kempen 515 kali ini.


Selain itu, penonton juga boleh menikmati video bertemakan Raya yang disajikan oleh MOONTON Games yang  sarat dengan mesej bermakna.


Ia memfokuskan kepada kisah Tok, seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian dan memerlukan bantuan wira MLBB untuk membantu menjadikan raya Tok sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. 


Berkongsi mengenai peranan Janna Nick sebagai Tang Wanwan dalam “Tang Wanwan: Quest for the truth, ia telah dlancarkan pada 17 April.


Ramai kagum dengan personaliti comel Janna Nick dan dia berjaya menghidupkan watak yang menakutkan.


Selain itu, MOONTON Games juga telah menyediakan dua buah lagi filem solo mini yang menarik berkisarkan Ling dan Yin yang dibintangi oleh Hun Haqeem sebagai Ling, dan Hairul Azreen sebagai Yin akan tiba tidak lama lagi.


Filem solo mini Ling ini iaitu Ling: The Chosen One akan ditayangkan pada 24 April dan filem solo mini Yin, The Ultimate Challenge akan ditayangkan pada 2 Mei. 

Kedua-dua pelakon ini tidak sabar untuk menunjukkan beberapa pergerakan dan kemahiran koreografi yang unik dan hebat dalam filem mini masing-masing. 


Hairul Azreen dan Hun Haqeem memainkan peranan mereka dengan luar biasa, menguasai pergerakan melawan menggunakan senjata mereka, berdasarkan cerita dan kemahiran hero.

 

Dalam pada itu,jangan ketinggalan untuk menonton Siri Animasi Global yang mempamerkan kisah-kisah lain tentang tiga adiwira MLBB. Siri ini memberikan satu lagi sisi hiburan kepada penonton dan peminat MLBB, Siri Animasi Global akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem mini ketiga-tiga hero ini.


Penonton juga mungkin berpeluang untuk menemui pengurus bintang blockbuster, dan juga Influencer yang paling berpengaruh serta hebat dari seluruh  pelusuk Asia Tenggara dan mereka semuanya berkumpul dalam satu video kali ini.


Undi untuk Influencer Indonesia kegemaran anda iaitu Jess No Limit dan ChooxTV dalam acara undian All Star, yang bakal bertanding dengan 200 individu influencer lain untuk merebut tempat dalam pertarungan ALLSTAR. 


MOONTON Games juga teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan salah satu jenama telefon dan elektronik terkemuka dunia, Samsung Electronics. Samsung juga akan menjadi rakan persembahan bersama di ALLSTAR Showdown 2022.


“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.


Fasa Undian All Star akan bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei. Nantikan lebih banyak berita terbaharu di halaman Facebook MLBB Malaysia, yang juga akan melancarkan kempen bagi setiap Fasa Pengundian All Star bermula 29 April.


Anda juga digalakkan untuk mengambil bahagian dengan berkongsi siaran kempen ke halaman FB mereka; dan pemenang akan dipilih untuk menerima kad Touch N' Go bertemakan 515 terhad masa dan barangan MLBB yang lain.


Tangwanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam