RAYA KALI INI KITA ‘ALL OUT’
Dua
tahun negara bergelut
dengan pandemik Covid-19 selain pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang memaksa
banyak aktiviti tidak dapat dijalankan.Ia termasuk
suasana sambutan hariraya
Aidilfitri yang diraikan
dalam fasa PKP.
Tidak ada pergerakan balik
kampung dan aktiviti
berziarah sanak saudara
dan sahabat handai. Semuanya harus duduk di rumahbersama
keluarga tercinta.Kemeriahan 1 Syawal seperti tahun sebelumnya sangat
dirindukan ketika itu. Kesesakan lalu lintas, kanak-kanak bermain mercun,
pasang pelita dan berziarah dari rumah ke rumah antara aktiviti yang pastinya
menggamit memori.Tidak banyak lagu
raya baharu kerana
mengenangkan situasi semasa.
Apa yang ada, dendangan lagu raya lama mengiringi
suasana hari raya.Cukuplah dua tahun
itu. Tahun ini,
kita mahu menyambut
hari raya dengan
serba meriah. Tradisi sedia ada
ingin terus dilaksana dengan seisi keluarga. Bukan saja anak-anak kita, tapi
orang dewasa juga sudah tidak sabar untuk berhari raya.Bagi menghidupkan lagi
suasana Hari Raya Aidilfitri 2022, syarikat rakaman Universal Music Malaysia
bakal melancarkan lagu raya nyanyian barisan artis ternama negara.Mereka
terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini,
Yonnyboii, Dolla, Kmy Kmo, Luca Sickta, Sophia Liana dan Hannah Delisha.
Pengurus promosi
dan pemasaran Universal
Music Malaysia, Anne
Mukhtar berkata,penerbitan lagu
raya itu bagi mengembalikan semula ‘mood’ selepas dua tahun hanya beraya di
rumah.“Tahun ini pihak Universal Music Malaysia ingin
mewarnai kemeriahan hari raya dengan memberi ‘mood’raya selepas dua
tahun kitaberada dalam fasa PKP dan tidak dapat pulang beraya ke kampung
halaman.“Kemeriahan ini kita
kena rasai seperti
dulu lagi. Jadi, kami di Universal Music menyajikan lagu-lagu raya
yang baharu dan menarik untuk menemani
anda sepanjang jalan
balik kampung dan memeriahkan suasana raya anda di kampung,”
katanya.Lagu raya baharu yang
bakal dilancarkan itusesuatuyang cukup
istimewa kerana ada antaranya
sudah lama tidak
merakamkan lagu raya
seperti Datuk Seri
Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Pastinya, lagu raya
baharu daripada Universal Music Malaysia ini mengajak kita semua untuk
meraikan Syawal kali
ini dalam susasana penuh meriah.
Biarlah raya kali ini kita ‘all out’ selepas dua tahun tidak melaluinya.
Comments
Post a Comment