HAPPENING!HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’
Tatkala negara
memasuki fasa endemik, Ramadan kali ini nyata berbeza. Manakan
tidak, dua label hiburan terkenal
tanah air, Rocketfuel Entertainmentdan Universal Music Malaysia,
bergabung sekali lagi utnuk mempersembahkan sebuah singleRaya istimewa berjudul
SUARA LEBARAN KITA, kolaborasi mantap di antara penyanyi terkenal, Hael Husaini
dengan girl group popular, DOLLA, yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan
Syasya.“Jika sebelum ini lagu-lagu Raya saya selalunya keseorangan, bagi kali
ini saya hendak ‘berteman’ pula, jadi saya menyapa DOLLA di media sosial dan
mereka memberi respon baik, jadi terus saya katakan ‘hello, jom masuk studio!’”
jelas Hael bagaimana kolaborasi ini bermula.Lagu Raya
rancak dalam nuansa
pop dansa ini
ternyata mempunyaifeelyang moden
namun masih mengekalkan ‘bunyi’ kemeriahan sambutan Hari Raya itu
sendiri.“Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan
elemen K-pop yang sememangnya
sinonim dengan DOLLA
tetapi telah ‘dimelayukan’, dan
pendengar harus mendengarnya
sendiri,” tambah Hael dalam nada teruja.
SIARAN MEDIAWalaupun sibuk
dengan jadual kerja yang padat, kumpulan DOLLA masih sempat merakamkan
singleRaya ini bersama Hael kerana bagi mereka peluang sebegini jarang-jarang
berlaku, apatah lagi apabila pelawaan tersebut datangnya dari seorang yang
bernama Hael Husaini.“Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila
artis sehebatHael ingin berkolaborasi dengan
DOLLA, dan singleini merupakan
lagu Raya kedua
dari DOLLA dan
pertama kalinya berkolaborasi
dengan artis lain.“Kami serasi bekerja denganHael
dan Ezra kerana
ada chemistry, proses rakaman
di studio mengambil masa
selama 5 jam
sahaja disebabkan bimbingan
mereka berdua yang
sungguh profesional. Walaupun lagu
ini agak berbeza
dengan genreyang biasa kami
bawakan, namun
melodinyamengasyikkan,
unik, danquirky,”
kongsi Sabronzo.SUARA LEBARAN KITAmenceritakan tentang perasaan kita
semua sebagai rakyat
Malaysia yang dambakan kemeriahan sambutan
Hari Raya bersama
keluarga dan teman-teman
sebelum bencana COVID-19 melanda dunia, danakhirnya pada tahun ini, kita
dapat bersua semula dengan wajah-wajah yang telah lama kita rindui.Apabila
dua nama besar industri muzik Malaysia
saling bergabung, tentunya video muzik
(MV) yang bakal dilancarkan sama menarik, kata Tabby, “Konsep MV singleini
sangat comel dan segar dalam suasana retro
yang diselitkan dengan
elemen fantasi, kami
semuanya menjadi sebuah lukisan yang kemudiannya dihidupkan,
dan kalau hendak tahu lagi kenalah tonton!Kata
Encik Erick Yew,
selaku Ketua Label
dan Penerbitan Rocketfuel
Entertainment, “Kami sememangnya
sukakan kelainan, Hael
Husaini dan DOLLA
berjaya terjemahkannya melalui sebuah single Raya yang cukup
istimewa
SUARA LEBARAN KITAtepat menggambarkan perasaan kita seluruh rakyat Malaysia
yang ingin merasai suasana sambutan perayaan seperti sediakala, semoga lagu ini
dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.“Bagi Universal Music Malaysia pula, tahun ini kita memang
ingin memeriahkan danmenyuntiksemangat untuk beraya tahun inisecara‘all out’setelah 2 tahun tidak dapat pulangke kampung halaman, dan lagu
ini amat bersesuaianuntuk kemeriahansambutan hariraya dan juga kombinasi yang terbaik untuk tahun ini” kata Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Universal Music Malaysia.Akhiri Syasya: “Pada tahun ini, saya dan Sabronzo bercadang
mengajak Tabby dan Angel beraya di rumah kami
kerana
tidak dapat berbuat sedemikian sebelum ini.“Selain itu, DOLLA dan Hael berharap agar peminat-peminat kami #iDOLLAdan #Haelerssukakan singleRaya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di
dalamnya, semoga Raya pada kali ini memberi seribu keberkatan dan makna buat kita
semua.Lagu SUARA LEBARAN KITAboleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering
panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan
dan boleh didengar
pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox,
KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTubeRocketfuel Network.
Comments
Post a Comment