Skip to main content

Shila Dan Ubai Selamat Diijabkabulkan





 Penyanyi popular, Shila Amzah, 33, selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Ubai, 25, di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein dengan disaksikan oleh keluarga terdekat.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai manakala hantaran dirahsiakan.

Shila berkata, dia berasa syukur dan gembira apabila status sebagai tunang sebelum ini kini sah menjadi suaminya.




“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.

“Saya berasa sangat lega dan gembira kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, hari ini kami berdua disatukan dengan disertai oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat yang kami sayangi.

“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah mudahan.

“Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang,” katanya 



Sementara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Insha-Allah saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ubai berkata, mereka belum ada sebarang perancangan memandangkan keduanya sibuk dengan kerja.

“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan-rakan artis, rakan kongsi dari pelbagai negara

Untuk info, pasangan ini memilih busana bewarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua dan juga Thalia pereka fesyen untuk busana malam resepsi kami.

Dalam masa sama, ANH bertindak sebagai perancang perkahwinan dan LILIT PIPIT selaku rakan kerjasama utama pada majlis pernikahan ini.

Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 27 Mei lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba