Skip to main content

SIARAN ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DIREHATKAN SUSULAN KEKANGAN PKP 3.0 Drama kekeluargaan 30 episod ‘Derita Untuk Bahagia’ bakal ambil alih slot Tiara bermula 7 Jun ini




Susulan perlaksanaan PKP 3.0 melibatkan sekatan pergerakan

skala penuh bagi sektor sosial dan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan atas faktor

keselamatan, pihak Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. mengambil

keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama adaptasi ‘Hati Yang

Dikhianati’ atau ‘HYD’ yang kini masih lagi ditayangkan menerusi slot Tiara pada setiap hari

Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini sekaligus memberi kesan kepada slot jadual siaran drama tersebut yang juga

terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi episod ke-41 dan seterusnya bermula

Isnin depan, 7 Jun 2021. Drama bersiri terbaharu ‘Derita Untuk Bahagia’ akan mengambil

alih slot tersebut dan akan ditayangkan secara eksklusif buat pertama kali mulai 7 Jun ini.

Untuk makluman, drama ‘HYD’ mengetengahkan format interaktif ‘open-ended’ yang

memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan drama

tersebut. Jalan penceritaan dan pembinaan watak turut dipengaruhi oleh maklum balas

audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod

untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.

Drama ‘HYD’ diarahkan oleh sutradara Riza Baharuddin serta turut menampilkan barisan

penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar. Antara barisan pelakon yang membintangi

drama bersiri ini termasuklah Isyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che

Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad

Daud, Sahronizam Noor serta ramai lagi.

Sebarang keputusan terkini berkenaan sambungan drama ‘HYD’ akan diumumkan kemudian.

PETIKAN KENYATAAN RASMI


Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima

“Demi keselamatan bersama dan langkah berwaspada untuk mengelakkan

sebarang risiko dan masalah jangka panjang, kami akur dengan perlaksanaan

sekatan skala penuh yang dikeluarkan oleh kerajaan. Melihat kepada

peningkatan kadar kes aktif semasa yang kini berada di peringkat kritikal,

keputusan tersebut tidak mengejutkan dan sudah dijangka awal.

Selain memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, keputusan untuk

menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama ‘HYD’ berkuatkuasa

serta merta ini juga merupakan sebahagian daripada usaha proaktif kami untuk

memutuskan rantaian Covid-19’.

Pihak Astro kini dalam usaha menyusun jadual baharu untuk sambungan drama

tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut

mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa pandemik. Selain aspek

keselamatan, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi, kesesuaian tarikh dan garis

masa, syarat SOP yang lebih ketat dan sebagainya perlu dipertimbangkan.

Pengalaman menghadapi situasi sebegini sejak arahan PKP 1.0 dikeluarkan Mac tahun lalu

amat membantu kami membuat persediaan awal sekiranya ia berulang kembali. Walaupun

drama ‘HYD’ tidak dapat diteruskan menerusi slot Tiara mengikut perancangan asal, drama

terbaharu ‘Derita Untuk Bahagia’ yang bakal kami pertaruhkan untuk mengisi kekosongan

slot tersebut juga tidak kurang hebatnya.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, drama ini berjaya disudahkan

hasil kerjasama kreatif dan komitmen semua pihak yang terlibat. Syabas kami ucapkan

terutamanya kepada Ejump selaku pengarah yang sanggup menyahut cabaran yang

diberikan untuk berkarya di luar kotak dan zon selesa. Semoga drama ‘Derita Untuk Bahagia’

akan mengubat hati para pengikut setia slot Tiara di Astro Prima sekaligus diterima baik oleh

rakyat Malaysia. Semoga terhibur!”


Ejump Mohd, Pengarah ‘Derita Untuk Bahagia’

“Syukur alhamdulillah saya dapat bekerjasama dengan barisan

pelakon yang amat profesional dan mempunyai chemistry yang

baik. Suasana di set penggambaran juga amat seronok dan

hubungan kami rapat seperti sebuah keluarga.

Walaupun kami diuji dengan pelbagai cabaran sepanjang

penggambaran dijalankan, namun saya berasa beruntung

kerana dikurniakan sebuah pasukan yang amat komited dan

cukup membantu. Selain berdepan dengan dua kali

perlaksanaan fasa PKP, kami juga terpaksa menangguhkan

penggambaran selama 40 hari, kehilangan lokasi, pertukaran

di saat akhir dan sebagainya. Walaupun penuh kekangan, pengalaman tersebut amat manis

dan cukup bermakna kepada perjalanan karier saya sebagai pengarah.

Para peminat drama tempatan perlu menonton drama ini kerana ia sarat dengan elemen

yang cukup dekat dengan masyarakat kita seperti kekeluargaan dan persahabatan. Selamat

menonton!”

FORMAT DAN INFO SIARAN DRAMA ‘DERITA UNTUK BAHAGIA’

Drama bersiri ‘Derita Untuk Bahagia’ terbitan Astro Prima dan syarikat produksi MIG

Productions Sdn. Bhd. merupakan sebuah naskhah asal yang mengangkat genre

kekeluargaan, persahabatan dan cinta. Drama 30 episod arahan Ejump Mohd ini turut

menampilkan David Teo selaku Penerbit.

Kisah ‘Derita Untuk Bahagia’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap

hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 Jun 2021 di saluran Astro Prima (105)

serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang

lebih fleksibel.


TRIVIA MENARIK DRAMA ‘DERITA UNTUK BAHAGIA’


1. Penggambaran drama ‘Derita Untuk Bahagia’ telah dimulakan pada 28 September tahun

lalu dan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali kerana berdepan dengan kekangan PKP.

Keseluruhan kerja penggambaran akhirnya dapat diselesaikan pada 5 Mac 2021, lewat 11

hari mengikut perancangan asal. Antara lokasi penggambaran yang terlibat termasuklah

di sekitar Lembah Klang dan Kuantan.

2. Pihak produki telah berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang aktiviti penggambaran

dijalankan. Aspek keselamatan dan lokasi merupakan antara cabaran terbesar yang harus

ditempuhi sepanjang penggambaran berjalan.

3. Selain memohon lesen biasa, pihak produksi juga terpaksa membuat permohonan lain

kepada FINAS untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas)

bagi meneruskan baki kerja penggambaran.

4. Selain terikat dengan garis panduan SOP yang ketat serta lawatan khas oleh pihak FINAS

semasa aktiviti penggambaran sedang berjalan, jadual penggambaran juga asyik berubah

kerana ada pelakon utama dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif Covid-19.

5. Akibat perubahan jadual yang terjadi, pihak produksi terpaksa menghadapi tekanan dan

mengejar masa untuk menghabiskan baki kerja penggambaran dengan kadar segera

kerana ada sebilangan barisan pelakon yang terlibat sudahpun terikat dengan komitmen

kerja yang lain.

6. Pihak produksi juga mengambil keputusan untuk meneruskan penggambaran di Kuantan

bagi babak-babak yang melibatkan kawasan hospital kerana masalah lokasi di Kuala

Lumpur. Babak tersebut juga melibatkan hampir 13 orang pelakon dan 20 krew produksi.

7. Single ‘Bangkit Semula’ nyanyian penyanyi popular Khai Bahar diangkat sebagai lagu

tema untuk drama bersiri ini. Lirik single tersebut merupakan hasil nukilan Adi Pawana

dan turut menampilkan Adi Pawana & Alun Cendana selaku Komposer.


BARISAN PELAKON DRAMA ‘DERITA UNTUK BAHAGIA’

Azar Azmi sebagai ALISHA

Hafreez Adam sebagai RAIF

Amar Baharin sebagai DANIAL

Marisa Yasmin sebagai MARIA

Dayang Areeda sebagai INTAN

Jasmin Hamid sebagai LINA

Dian P Ramlee sebagai PUAN ZAITON

Riezman Khuzaimi sebagai SALLEH

Harieyanto Hassan sebagai FAUZI

Dato’ Hilal Azman sebagai TUAN JALAL

Aida Othman sebagai SURAYA

Zarina Zainuddin sebagai MAK YAM

SINOPSIS DRAMA ‘DERITA UNTUK BAHAGIA’


Alisha ialah gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan

cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. Alisha

bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar

yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu

mencari keluarga kandungnya. Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah

membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha

ditentang sehingga dia menemui kebenaran. Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta

selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini

menghantuinya?

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam