Skip to main content

DOLLA dan Free Fire Bersedia UntukFIGHT!

 


Di kemuncak pelbagai halangan, siapalah yang bakal menyangka bahawa jangka waktu itu akan melahirkan  salah  satu  kumpulan  muzik  paling  berjaya  di  Malaysia  dalam  bentuk  kumpulan, DOLLA! Ya, sewaktuBulan Mac 2020 yang sangat mencabar, kumpulan nyanyian wanita tempatan DOLLA melawan  arus  dan  melancarkan  lagu  hit  pertama  mereka ‘DOLLA Make You Wanna’, sehingga terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan.Dan dalam tempoh dua tahun yang penuh halangan ini, tiada yang menjangka bahawa kumpulan ini bakal mencipta pelbagai kenangan manis dan kejayaan dalam kerjaya seni mereka.Dengan enam buah lagu hit termasuk salah satu lagu raya paling popular dewasa ini yang berjudul ‘Raya Raya Raya’, seolah-olah tiada apa yang mampu mengekang empat gadis berbakat ini dari meraih kejayaan. Sempat  mencuba  nasib  sebagai  pelakon  dan  berkesempatan  memenangi 

 

beberapa  anugerah besar,  DOLLA juga  mencipta  sejarah  selepas  menjadi  kumpulan  nyanyian  wanita  pertama Malaysia  yang  menghiasi  papan  iklan  digital  tersohor  di  di  bandar  raya  New  York  selepas beberapa bintang Malaysia lain seperti Yuna dan Layla Sania.

Dan  kini  melebarkan  sayap  mereka  lebih  jauh, kuartet  ini  bakal  meninggalkan  impak  dalam industri permainan dalam talian melalui kolaborasi bersama permainan mudah alih Garena untuk kempen“Free Fire Untuk Semua”.KerjasamaDOLLAbersama permainan berbentuk aksi perlawanan tersohor ini juga berpkasi pada sebuah  lagu  yang  dicipta  khas  berjudul ‘FIGHT’.Kempen  induknya, “Free Fire Untuk Semua,” bertujuan  membawa  para  pemain  bersama,  dengan  Free  Fire  mewakili  ikatan  yang  mereka kongsi. Kerjasama ini

 

melambangkan usaha berterusan Garena’s untuk mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia.Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” (“Free Fire For All Cultures” dalam Bahasa Inggeris). Ini dibuktikan lewat kolaborasi bersama DOLLA,  yang  terdiri daripada -Sabronzo,  Tabby,  Angel  dan  Syasya –yang  membariskan  ahli  kumpulan dengan latar belakang budaya yang berlainan. “FIGHT”, menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya. Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul Rampage, yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” bulan ini“Melakukan penggambaran untuk Free Fire adalah satu pengalaman luar biasa. Itulah pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat,” ujar Tabby, salah seorang ahli kumpulan tersebut.“Kami sangat bersyukur dan ingin

 

berterima kasih kepada para  pelagak  ngeri  terbabitkerana  sudi mengajar kami cara berlawan dan menggunakan senjata. Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius terjadi. Saya memang menantikan Kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertainya,” tambah Sabronzo.Sungguh pun begitu, penggambaran ini ada cabarannya dan salahs eorang ahli kumpulan, Syasya sempat mengulas berkenaan hal tersebut.“Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi pengalaman ini sesuatu yang baru. Dan bila

 

terpaksa membayangkan suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga,” jelas Syasya. “Oleh kerana ini permainan dalam talian berbentuk perlawanan dengan banyak pihak, Kerjasama adalah sangat penting. Saya gembira DOLLA menjadi sebahagian dari kempen ini kerana dengan cara itulah kami bertahan. Kerjasama!” ujar Angel.Gelombang terbaharu acara “Free Fire Untuk Semua” akan berlangsung dari 13 hingga 30 Jun dan akan menyaksikan Free Fire meraikan perbezaan dalam komuniti.Lagu kolaborasi berjudul FIGHT akan dilancarkan dengan sebuah video muzik rasmi pada 17 Jun dan boleh juga  didiapati  di  semua  wadah  penstriman  digital  serta  laman  Facebook,  Instagram,  dan  YouTube  Free Fire

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba