KEMBARA: INI BUKAN MUZIK LAMA, INI MUZIK SEKARANG Semangat ‘kuasa kuda’ Kembara




Lapan tahun bukan jangka masa yang sekejap untuk sebuahrindu yang meranumTerakhir, pada tahun 2014 kumpulanKembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur. Kemudian dengan konsert yang meninggalkan 1001 kenangan ituturut berbekas kerinduan terhadap lagu-lagurakyat serta perjuangan mereka itu

Untuk tahun ini, Shiraz Projects Sdn Bhd memikultanggungjawab melunaskan kerinduan tersebut denganmembawakan KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Bakal bermula pada pukul 8.30 malamkonsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utamavokal), Rahman Suri (bass), ShahrumBasiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akanturut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersamalagu-lagu berjiwa besar mereka

Buat Zoul selaku gitaris dan gitaris kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1979 ini,  semangat mereka kali inilebih membara. “Saya merasakan bahawa semangat kami lebih walaupun usia semua sudah agak menjangkau tetapisemangat kuasa kuda masih maintain. Kami betul-betulteruja dengan konsert yang akan datang ini.”

 

Kumpulan Kembara sudah memulakan persiapan sejak duabulan lepas dan membayangkan bahawa banyak lagu yangakan dimainkan khusus untuk para peminat setia mereka.Menarik lagipemilihan lagu-lagu untuk konsert kali inidibayangkan dalam repertoir yang sangat istimewa dan rare!

 

“Kita banyak nak kena main lagu-lagu yang kita belumpernah mainkan lagi. Jadi praktis kena lebihTentangpemilihan lagu yang belum pernah dimainkanistimewanyakerana lagu-lagu itu dirakamkan lebih 30 tahunTak disangkabila Kembara semak balik lagu-lagu kita adakita sendiri jadi ‘ehh lagu ni sedap dan patut diketengahkan sebelum ini, “ujar mereka bersama.

 

Buat Shahrumpemain dram yang sebelum ini tidak dapatberaksi dalam konsert terdahuludia sangat ternanti-nantikankonsert yang akan berlangsung 31 Julai ini.

 

Konsert ini saya rasa macam yang terbaik untuk semuakerana konsert yang lepas saya tak dapat main kerana tuntutankerja. Saya berasa bangga dan akan buat terbaik”.

 

Ditanyakan kepada Dato’ M. Nasir tentang keistimewaankonsert kali inibeliau menyifatkan ia sebagai suara satugenerasi

 

Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satugenerasiGenerasi yang saya maksudkan ialah generasi 80 an. Selain rock muzik yang kerasKembara membawakan satumuzik yang berbeza iaitu dari segi senikataKembara banyakbertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia,”terangnya yang merupakan vokalis dan pengasas kumpulan ini.

 

Tambahnya, “Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarangBilakita buat muzikkita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80 an) sahaja. Dan bentuk muzik  akan menjangkau generasi.”

Menurut Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah EksekutifShiraz Projects, sudah lama pihaknya mengimpikan untukbekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakalterlaksana juga pada Julai ini

Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermulasebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melandaUntuk tahun ini, kami sangat bersemangat untukmembawakan lagulagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan PlenariPastinya Kembara akanmemberikan sebuah persembahan yang bertenaga denganuntaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonikuntuk para pendengar

Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) sudah dijual mulai 10 Jun 2022laluPeminat-peminat Kembara juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia. 

Shiraz Projects mengharapkan para peminat Kembarakhususnya akan mendukung konsert iniMelihatkan sokonganyang diberikan kepada selebriti tanah air yang muncul denganpelbagai konsert tahun ini, Shiraz malah yakin konsert inimemang ditunggu-tunggu

Konsert Panorama Jingga 1444 tesebut disifatkan akanmengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akanjuga memberi peluang kepada generasi baharu untukmengenali muzik Kembara dengan akrab lagi denganpersembahan bertenaga mereka kelak.  

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL