Big Stage Kini Kembali Dengan Wajah Bahru



 


Big Stage’ kini kembali bersinar dengan bintang-bintang berbakat yang akan mendominasi pentas setiap malam Ahad para penonton Astro. Rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat generasi muda ini bakal diriuhkan dengan kekuatan vokal dan saingan yang kompetitif oleh barisan pesertanya yang hebat. Namun edisi kelima kali ini bukan sahaja membawa peserta-peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi turut membawa variasi dari segi karier seni mereka lantas menjadikan mereka saingan yang kuat dalam pertandingan ini dengan elemen dan genre yang baharu.

Nama-nama yang dipilih untuk beraksi di pentas ‘Big Stage 5’ ini merupakan antara bakat muda yang kian meningkat serta telah mendapat perhatian ramai dengan kebolehan dan pencapaian yang diperoleh. Ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal. Malah, edisi kelima ini masih memperkenalkan barisan peserta yang berbakat besar dari luar negara.

Antara yang akan bersaing dalam ‘Big Stage 5’ adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia. Manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.


    Buat julung kalinya, rancangan ‘Big Stage’ menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas untuk memberi lebih ruang kreativiti dan versatiliti dalam setiap persembahan bagi merebut gelaran sebagai ‘Juara’ buat edisi terbaharu ini.

Big Stage musim baharu bakal gegarkan industri muzik tanah air dengan muka-muka baharu yang bakal mengemudi rancangan tersohor negara. Kak Lina Pom Pom bakal menggalas tugasan hos. Manakala bangku juri tetap turut dirombak dengan pengenalan Aina Abdul sebagai juri tetap. Seorang juri lagi akan diperkenalkan di konsert minggu pertama.

Big Stage, sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang didominasi oleh bakat-bakat muda kini kembali dengan edisi kelimanya, membawa generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’ ke pentas realiti yang lebih kompetitif. Rancangan ini amat dikenali dengan melahirkan bintang-bintang muda yang mempunyai kemahiran nyanyian luar biasa sehingga meraih perhatian di pelbagai platform media sosial mahupun dalam industri nyanyian.

Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

 PETIKAN KENYATAAN RASMI

 Norzeha Mohd Salleh Ketua Saluran Astro Ria

“Setiap rancangan Signature hak milik Astro yang sukses pastinya akan diberikan ‘refresh’ untuk memastikan ia kekal daya saing dan relevan dalam industri yang kian berubah. Big Stage tidak terkecuali. Antara Signature terbesar Astro, kami mahu memastikan kualiti produksi sentiasa tinggi dan pembaharuan yang dilakukan berada di atas penanda arus industri. Oleh itu, kami telah melakukan beberapa perubahan besar dalam musim baharu Big Stage termasuk pemilihan para peserta.

Antara peserta yang dipilih untuk menerajui musim kali ini

  mempunyai pengalaman yang extensive dalam industri seni tanah air khususnya nyanyian. Pemilihan mereka sejajar dengan apa yang kami inginkan iaitu memberi hiburan sepenuhnya kepada para penonton yang gemarkan rancangan nyanyian kami. Melihat kepada landskap anak muda sekarang, mereka gemarkan rancangan berunsurkan nyanyian yang kompetitif dengan pelbagai cabaran dan genre. Lantas, barisan peserta yang bakal merebut gelaran ‘Juara Big Stage 5’ datang daripada generasi BBNU yang berpengalaman, bijak dari segi persembahan serta multi-talented termasuk peserta berkumpulan dan duo daripada dalam dan luar negara. Dengan keterujaan ini, kami berharap ia mampu melonjakkan posisi kami sebagai platform

rancangan hiburan utama rakyat Malaysia serta dalam dunia hiburan.

Pembaharuan turut melihat kami memilih hos baharu yang kaya dengan pengalaman dalam mengemudi acara-acara gah. Kak Lina Pom Pom ternyata unggul dengan membuktikan bahawa dia adalah hos spontaneous dan lincah ketika mengemudi acara-acara besar.

Barisan juri turut melihat muka-muka baharu. Aina Abdul, antara penyanyi yang menjadi aspirasi untuk bakat-bakat muda, menggalas tugasan menjuri perserta-peserta muda. Dia adalah ikon, dan pastinya kata-kata memberangsangkan mereka untuk menjadi hebat lagi.

2

 

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penaja, Wawa Cosmetics yang sudi menaja musim kali ini bersama Adabi. Kami berharap penganjuran ‘Big Stage’ pada musim kali ini berjaya menambat hati para penonton sedia ada dan yang baharu termasuk para penonton daripada setiap pelosok dunia dengan keistimewaannya tersendiri.”

TRIVIA BIG STAGE 5

‘Big Stage 5’ masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian. Persembahan mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri yang akan dilakukan secara langsung di skrin LED untuk tontonan umum. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan. Namun, barisan panel juri mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai peserta yang tersingkir selepas penyingkiran dilakukan dalam segmen eksklusif selepas konsert utama.

Juara ‘Big Stage 5’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang RM30,000 dan RM25,000 beserta trofi, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM15,000, RM5,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Selain itu, penerbitan ‘Big Stage 5’ disokong oleh Wawa Cosmetics selaku Penaja Utama dengan kerjasama Adabi. Penganjuran edisi kelima ini turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital serta ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.

‘Big Stage 5’ juga turut mengeluarkan lagu tema rancangan, istimewa buat edisi terbaharu ini yang berjudul ‘Big Stage’ buat julung kalinya. Lagu yang bergenre pop dan futuristik ini diterbitkan oleh PERSATUAN serta digubah oleh Shazee Ishak dan Audi Mok daripada Replay Music Sdn Bhd yang akan dinyanyikan oleh semua barisan peserta ‘Big Stage 5’.

INFO SIARAN BIG STAGE 5

‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Saksikan Buzz Big Stage yang menampilkan kandungan eksklusif post-live show bersama barisan panel juri yang akan berdiskusi dan menyuarakan pendapat mereka mengenai penyingkiran para peserta pada setiap minggu selama 30 minit sejurus selepas konsert utama.

Kompilasi sorotan cabaran dan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan boleh disaksikan menerusi Studio Big Stage selama 30 minit pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam. Manakala klip-klip sedutan belakang tabir setiap persembahan mingguan boleh ditonton menerusi Backstage Big Stage pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Bintang Big Stage musim keempat, Aisha Retno bakal tampil sebagai hos kedua-dua program.

 

 

    Istimewa menjelang Big Stage musim kelima, sebuah program khas yang memaparkan barisan peserta ‘Big Stage 5’ buat pertama kalinya di kaca TV bakal ditayangkan Syawal nanti iaitu pada 29 April & 30 Jun. Big Stage Bootcamp adalah sebuah program yang akan memaparkan sesi latihan intensif para peserta sebelum bermula konsert mereka di pentas Big Stage nanti. Setiap latihan serta cabaran adalah berkait dengan pertandingan Big Stage serta pengalaman yang bakal mereka hadapi dalam industri hiburan. Para peserta akan ditempatkan di sebuah rumah besar bergelar The Big House dan di situ jugalah mereka akan belajar dan menerima cabaran-cabaran yang akan menyerlahkan lagi karakter mereka kepada penonton.

IKUTI INFO TERKINI BIG STAGE 5 DI PLATFORM INI

#BigStage5 #BigStage2023 #AstroBaharu #DominasiBBNU

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Datin Alyah Duta TWOMEE