Skip to main content

INSOMNIACKS DAN NABILA TAQIYYAH ‘BELUM MULAI’ TAPI DAH TUL

 
Kumpulan Insomniacks nampaknya tidak mengenal erti putus asa.
Sejak kemunculan awal mereka dahulu, kumpulan ini terus mengukuhkan nama mereka dalam industri muzik tempatan.

Kini mereka melebarkan sayap lagi ke negara jiran selepas bekerjasama dengan bintang dari seberang yang semakin meningkat naik iaitu Nabila Taqiyyah melalui lagu Belum Mulai.

Nabila Taqiyyah merupakan bekas naib juara rancangan realiti tersohor Indonesia iaitu Indonesian Idol musim ke-12 yang ditayangkan di stesen TV RCTI pada tahun 2022-2023.
Belum Mulai ditulis dan dikompos oleh beberapa entiti berbakat iaitu Clara Riva dan S/EEK. Lagu ini mempunyai nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an. Lagu dan video muziknya mengisahkan seseorang yang terpaksa melepaskan seseorang yang sebenarnya belum sempat menjalin hubungan cinta dengannya.

Apa yang menakjubkan adalah sedutan lagu ini yang dikeluarkan pada 12 Jun telah mendapat lebih 850 000 tontonan di laman sosial Instagram dengan 1,700 komen. Ini dikuti dengan 730 000 tontonan bersama 1,700 lebih komen lagi saat pendedahan rekaan muka depan lagu disiar di laman Instagram pada tarikh 20 Jun 2024.
Pra-pelancaran lagu ini telah dibuat pada 20 Jun 2024 manakala pelancaran penuh akan diadakan pada
28 Jun jam 12 tengah malam, bersama video muziknya yang akan ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks pada tarikh sama jam 10 malam.

Lagu ini telah dirakam di Jakarta pada bulan Mac dan penggambaran video muzik telah diadakan pada bulan Mei.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba