MALAM SILATURAHIM* Mambantu Artis Yang Memerlukan

By : Hannan

Malam Silaturahim, sebuah acara eksklusif yang dianjurkan oleh HS Event & Entertainment Sdn. Bhd., bakal menyatukan 12 lagenda seni tanah air dalam satu malam yang penuh dengan kenangan manis dan nostalgia. 

Bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) pada 25 Disember 2024, acara ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan persembahan bertenaga oleh artis-artis terkenal. Selain itu, ia juga akan mempromosikan inisiatif amal yang bertujuan membantu penggiat seni dan rakan media yang memerlukan sokongan. 
Malam Silaturahim akan menjadi platform istimewa untuk memperkenalkan konsep dan matlamat program, selain mempersembahkan beberapa artis terkenal yang akan turut serta. Antara nama-nama besar yang akan memeriahkan acara ini adalah Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova, dan Noorshila Amin.
Selain meraikan pencapaian para artis lagenda, malam ini juga akan memberi pengiktirafan kepada individu-individu penting yang pernah menjadi tonggak kejayaan industri seni tanah air, seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri.

Menurut penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, objektif utama Malam Silaturahim adalah untuk merapatkan hubungan antara penggiat seni sambil menghargai jasa mereka. "Acara ini bukan sahaja untuk meraikan artis-artis kita, tetapi juga sebagai platform untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ia akan menyatukan individu-individu yang telah memainkan peranan penting dalam memajukan industri seni tanah air," ujarnya ketika sidang media di Restoran Saloma Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang.

Beliau turut mengumumkan bahawa sumbangan khas berupa wang tunai akan diberikan kepada penggiat seni dan rakan media yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Seramai 20 penerima sumbangan, termasuk Syah Nizam Ahmad Shamsi (Along Jinbara), Salim Ibrahim (Dr. Sam), dan Muhammad Yunus Abdul Rashid (Ebby Yus), serta beberapa nama besar lain dalam industri seni, akan menerima bantuan ini.

Tiket konsert Malam Silaturahim dijual dengan harga bermula serendah RM150.00 dan boleh didapati mulai 27 November 2024. Dewan Merdeka dipilih sebagai lokasi kerana ia mampu menampung sehingga 1500 penonton, manakala majlis makan malam akan diadakan di aras bawah sebelum konsert bermula.

Penganjuran program ini turut membuktikan komitmen HS Event & Entertainment untuk terus menyokong industri seni tanah air dan memberikan impak positif kepada komuniti seni Malaysia.

Pada sidang media yang sama, HS Event & Entertainment turut menyerahkan sumbangan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang kurang bernasib baik. Penganjuran ini turut mendapat kerjasama daripada dua persatuan seni utama, iaitu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dalam usaha mengenal pasti ahli-ahli penggiat seni yang memerlukan bantuan. Mereka ini terdiri daripada :

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!