Skip to main content

ABPBH 34 MARA KE PUSINGAN TOP 5, UNDIAN CALON TARIK DIRI TIDAK DIAUDIT


 

Undian pusingan pertama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bertemakan #KITABERSAMA yang dilancarkan pada 10 September lalu, secara rasminya ditutup, tepat jam 11.59 tengah malam tadi. Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34 menjelaskan undian pusingan pertama bagi 14 kategori utama dan empat (4) kategori online ABPBH 34 yang telah berlangsung selama 24 hari, mendapat sambutan amat memberangsangkan dan berjalan lancar. Proses undian dibuat melalui laman web ABPBH 34 iaitu www.abpbh.com.my dengan pilihan undian percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama peranti Xiaomi, iaitu penaja utama ABPBH 34. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34 memaklumkan, proses kiraan undi bermula hari ini, bagi menentukan calon Top 5 dalam setiap kategori utama dan online yang bakal diumumkan pada Ahad, 10 Oktober ini, sekali gus menjadi pusingan undian terakhir ABPBH 34.

Keputusan akhir bagi semua kategori utama dan online bakal diumumkan pada malam kemuncak ABPBH 34 pada 13 November depan. Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34 juga mengumumkan undian diperoleh empat calon awal ABPBH 34, iaitu tiga artis dalam kategori solo, iaitu Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular serta seorang calon kategori YouTuber Popular, yang mengumumkan menarik diri sebelum ini tidak akan dikira, sekaligus tidak disenaraikan dalam Top 5. Bagaimanapun, undian diperoleh tiga artis terbabit untuk kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambilkira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan. Tiga artis solo itu adalah Zizan Razak yang tersenarai dalam calon awal kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, 

Artis Versatil Popular dan kategori online Gandingan Serasi Filem Popular; Zul Ariffin (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular dan dua pencalonan dalam kategori online Gandingan Serasi Drama Popular) serta Remy Ishak (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular dan kategori online Gandingan Serasi Drama Popular). Calon kategori Artis YouTuber Popular yang turut menyatakan hasrat menarik diri daripada pencalonan awal ABPBH 34 ialah Zukie Mohamad. Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata sebagai acara hiburan berprestij yang mementingkan integriti dan legasi dicipta lebih tiga dekad lalu, ABPBH mahu terus memberi mandat kepada peminat untuk menentukan artis layak bergelar Bintang Paling Popular. "Industri kreatif tempatan runtuh sejak pandemik COVID-19 melanda negara lebih 18 bulan lalu. Namun, kita lihat kesetiaan dan sokongan peminat terhadap penggiat seni terus utuh. Tidak keterlaluan jika dianggap peminat adalah penyelamat kepada kelangsungan dunia hiburan yang perlahan-lahan bangkit semula susulan kelonggaran diberi kerajaan kepada penggiat industri kreatif, baru-baru ini. "Sehubungan itu, ABPBH mahu terus menyemarakkan industri kreatif dengan menyantuni sokongan diberi peminat terhadap penggiat seni termasuk artis yang tercalon dalam pusingan awal dan akhir ABPBH 34,"

katanya. Shamshul Azree berkata, ABPBH juga memperakui bakat dan sumbangan anak seni yang menepati syarat ditetapkan Jawatankuasa Penjurian ABPBH 34 untuk dicalonkan dalam kategori utama dan online acara anugerah ini saban tahun. "Sehubungan itu, ABPBH berharap usaha menyemarakkan industri kreatif pada era pandemik ini, dan lebih penting memberi peluang pekerjaan kepada petugas belakang tabir sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran edisi ke-34 ABPBH ini dapat diteruskan atas semangat kekitaan sesuai dengan tema tahun ini #KITABERSAMA. "Kami juga ambil maklum mengenai sebab-sebab penarikan diri mereka, dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan yang sesuai bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, demi memastikan acara tahunan ini mampu menyumbang dengan lebih efektif dalam memartabatkan lagi industri kreatif tanahair," tambah beliau. Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak 14 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular. Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular. Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular mula dibuka hari ini. - Tamat - Mengenai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Anjuran BH, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah anugerah pilihan peminat yang diadakan setiap tahun sejak 1987. Ketika itu, acara ini dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic. Hanya tujuh kategori dipertandingkan ketika itu, iaitu Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Pembantu Lelaki Popular, Pelakon Pembantu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular,

 Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan Popular. Penganjur memperkenalkan kategori Artis Paling Popular sejak tahun 1990 yang kini menjadi Bintang Paling Popular. Bertahan selama 34 tahun, ABPBH menjadi antara anugerah paling konsisten apabila dianjurkan setiap tahun. Sesuai peredaran semasa, pihak penganjur memperkenalkan sistem undian secara online 100 peratus di laman web ABPBH bermula pada tahun 2017 berbanding pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya. ABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, selain memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH memilih artis popular serta menyertai aktiviti dan promosi acara anugerah ini. Paling hangat, pastinya malam kemuncak ABPBH yang akan menobatkan Bintang Paling Popular dan memberi penghormatan kepada seniman yang

menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Pencalonan terbuka kepada penggiat seni merangkumi personaliti, selebriti, pelakon, penyanyi dan sebagainya yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing. Calon, iaitu individu, gandingan atau berkumpulan mengikut kategori tersenarai, mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) produk yang diterbitkan sepanjang tempoh Januari 2020 hingga Disember 2020 yang menepati penilaian Jawatankuasa Penjurian ABPBH 34.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam