AWESOME TV MEMBAWAKAN KEMBALI “MIC ON!”. MENGANGKAT TEMA, “KASI PECAH SPEAKER!”, MUSIM KEDUA BAKAL MENEMUI PEMINAT MULAI 28 JANUARI 2022



 Demi merancakkan lagi industri hiburan tanah air dan susulan dari kejayaannya di musim pertama, stesen penyiaran swasta milik Awesome Media Network Berhad, Awesome TV, hari ini membawakan kembali program pertandingan realiti nyanyian, MIC ON!, untuk musim yang kedua. Mulai bersiaran pada 28 Januari 2022, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (MyTV) MIC ON! musim ini bakal menyaksikan kehadiran tiga pelawak popular negara, Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus kepada 15 anak didik iaitu peserta yang akan bertanding bagi merebut gelaran Juara seterusnya membawa pulang wang kemenangan yang bakal dihebahkan semasa episod 1.

MIC ON!, sebuah program realiti yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi ini diterbitkan bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak muda tempatan agar boleh dijadikan barisan pelapis dan mewarnai lanskap seni tanah air di masa hadapan. Kesemua 20 peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang ini meletakkan kepercayaan sepenuhnya keatas ketiga-tiga pemain komedi ini untuk menjadi Pengurus dalam menguruskan sesi latihan nyanyian serta membimbing dan mempersiapkan mereka untuk persembahan mingguan.

Menariknya lagi, untuk musim ini, MIC ON! akan menampilkan tiga nama tersohor dalam bidang seni tanah air dan begitu dihormati ramai untuk menerajui tugas sebagai Juri Tetap. Kepercayaan tersebut diberikan kepada Legenda Rock; Dato’ Awie dan Dato’ Hattan serta Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Dalam pada itu, keluarga MIC ON! musim ini turut mengalu-alukan kehadiran figura sensasi, Diva AA atau Azwan Ali sebagai Pengacara yang mana beliau akan mengemudi bersama Issey Fazlisham.

Untuk musim ini, MIC ON! telah menerima sambutan hangat menerusi atas talian dan seramai 100 orang peserta telah disenaraipendek untuk menghadiri uji bakat secara bersemuka. Dari jumlah tersebut, seramai 15 orang telah berjaya menepati kriteria yang ditetapkan pihak juri dan akhirnya dipilih untuk bertanding di pentas utama MIC ON! musim ini.


elemen komedi dengan membawakan tiga pelawak negara, Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro sebagai Pengurus kepada setiap peserta. Kami yakin, kehadiran ketiga-kita figura Pengurus ini mampu melatih, memberi petunjuk dan berkongsi pengalaman mereka dengan peserta seterusnya mempersiapkan diri masing-masing untuk menjadi bukan sahaja seorang penyanyi, malah penghibur atau ‘entertainer’ kepada penonton di luar sana.

Dalam pada itu, kami turut berbesar hati dengan kehadiran tiga nama tersohor industri seni tanah air yang bersetuju untuk hadir menyarung jersi Juri Tetap. Berbekalkan pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini, kami yakin ketiga-tiga Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan ‘Mummy’ Mas Idayu mampu memberi tunjuk ajar dan berkongsi komen-komen membina kepada setiap peserta musim ini.

Mengulas mengenai sesi ujibakat pula, Ezzan berkata, “Walaupun sesi pemilihan peserta hanya berlangsung di beberapa tempat sekitar Kuala lumpur pada bulan Disember lalu, namun ada segelintir peserta daripada luar Lembah Kelang menunjukkan kesungguhan dengan menghadiri sesi pemilihan ini. Penyertaan peserta dihantar melalui atas talian namun  100 peserta terpilih daripada pelbagai latar belakang untuk mencuba nasib. Selain daripada mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, pemilihan juga dibuat berdasarkan penampilan yang menarik dan kreatif dalam melakukan persembahan.”

Kami akui, elemen nyanyian dan lawak adalah dua unsur utama yang selalunya menjadi pilihan penonton khususnya di kalangan penonton tempatan. Justeru, bagi menepati citarasa penonton, kami suntik kedua-dua elemen ini kedalam MIC ON! Pada masa yang sama, kami yakin bahawa formula ini dapat memikat hati setiap lapisan masyarakat yang mana ianya sesuai untuk ditonton oleh  setiap lapisan masyarakat.”

Di MIC ON!, setiap peserta akan diberikan tugasan mingguan mengikut tema yang ditetapkan. Pihak produksi juga akan turut menerapkan elemen kejutan yang perlu dilaksanakan peserta di mana ia akan menguji bakat mereka bukan sahaja dari aspek vokal semata-mata, malahan dari segi persembahan secara keseluruhan. Juri dipertanggungjawabkan untuk kesemua 100 peratus pemarkahan yang mana akan dibahagikan kepada tiga kategori. 40% peratus untuk vokal, 30% untuk kreativiti dan 30% peratus lagi untuk persembahan. 

Persembahan mingguan peserta akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik ‘live band’ yang diketuai oleh Datuk Hashridz Murshim bin Hassim atau lebih dikenali sebagai Datuk Acis. Beliau bertindak sebagai Pengarah Muzik untuk musim ini.

 

Akhir kata, jangan lupa saksikan MIC ON! musim kedua pada 28 Januari 2022, setiap hari Jumaat, jam      9.00 malam di saluran 123 (Astro) dan 112 (MyTV). Penonton juga boleh mengikuti perkembangan terkini MIC ON! musim ini menerusi akaun media sosial Awesome TV dan siaran tertunda MIC ON! musim kedua boleh ditonton di laman web rasmi www.awesometv.my.

 

Instagram

@awesometvmalaysia

Facebook

Awesome TV

Tik Tok

@awesometv.my

Twitter

Awesometv_my

Youtube

Awesome TV


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE