Skip to main content

Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah




4HB FEB 2022 PULAU PINANG , Naib Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24,  selamat bernikah dengan gadis pilihan, Nur Fatihah Md Hashim,25 yang berasal dari Sungai Dua,Pulau Pinang, hari ini. 


Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di KOMPLEKS DARUL HIDAYAH, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang. 


Acara akad nikah disempurnakan oleh USTAZ HAJI HARUN BIN IDRIS (Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, dan  berwalikan MD HASHIM BIN NORDIN ( Bapa kepada Nur Fatihah) dan bersaksikan  MUHAMMAD FIRDAUS MD HASHIM ( Abang kepada Nur Fatihah ), serta MOHD NOOR BIN ISMAIL ( Bapa Kepada Usop).


Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki, manakala mas kahwin sebanyak  RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang .


Usop Dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021. Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini  dan majlis resepsi  bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim Kedah.


Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun yang lalu kini diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar sebagai pasangan suami isteri.


Sebagai info,  Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang dan membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.


Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Nur Fatihah sehingga ke anak cucu.


" Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis  ini.”  Ujar Usop

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.


“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan. 


“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba. 


“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.


Crdit Photo @kakiklikphotography


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba