INSOMNIACKS MEMBERIKAN SESUATU YANG ‘SEMPURNA’
Pernah menggegar
industri muzik tempatan
lewat lagu mereka yang berjudul
‘Pulang’ sekitar empat tahun yang lalu, kumpulan yang dianggotai empat anak
muda berbakat, Insomniacks kini kembali
dengan sebuah lagi
karya hebat berjudul SEMPURNA.Lagu yang
mengisahkan perasaan seseorang
saat kehilangan sesuatu
yang dianggap sempurna ini
ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, Iskandar,
Daniel, serta Gavin.“Kami mula merakamkan
lagu ini pada bulan September
2021. Ia merupakan
projek ketiga kami bersama John
dari JK Musicvibe selepas Pulang dan Reminisensi versi Reimagined.Dari awal
lagi kami sebenarnya sudah mempunyai
gambaran yang jelas tentang bagaimana bunyi yang
harus dihasilkan dalam SEMPURNA.Namun kami
menikmati proses pertukaran idea bersama
penerbit kami Johan John sepanjang rakaman,yang
juga banyak bersabar dengan permintaan kami sehingga
menemukan titik kompromiuntuk kami memberikan yang terbaik,” jelas mereka tentang
projek terbaharu ini.Mereka juga sependapat mengatakan lagu ini memang
istimewadari mula ia dicipta, sehingga mereka tidak sabar untuk
melancarkannya.“Dari detik susunan kord hingga proses memasukkan lirik, kami
tahu kami telahmenghasilkan sesuatu yang hebat,” tambah mereka lagi.
SIARAN MEDIASEMPURNAturut hadir dengan sebuah
video muzik luar biasa terbitan pihak Atypical Visual. Malah sedutan lagu ini
di platform Instagram Reels sudahpun mencecah 50 ribu tontonan dan dijangka
akan terus meningkat.SEMPURNA kini
menduduki tangga pertama
carta RIM Malaysia
selepas dua minggu dilancarkan.“Kami sangat berpuas hati
dengan hasil kerja kami kali ini dan harap para peminat juga akan menyukai apa
yang telah kami usahakan,” akhiri mereka tentang SEMPURNA.SEMPURNAkini boleh
distrimdi semua platform
digital bermula 14
Februari 2022, dengan sebuah lirik video pada tarikh yang
sama jam 9 malam di saluran YouTube mereka.Manakala muzik video rasmi lagu ini
telahmula ditayangkan di saluran YouTube mereka pada tanggal 25Februari 2022
Comments
Post a Comment