MASIH BELUM LUPA UJI KEMANTAPAN VOKAL PENYANYI REMAJA ANNETH DELLIECIA
Setelah kejayaan
lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti yang muncul trending di TikTok,
penyanyi remaja Anneth
Delliecia, 16, meluncurkan
sebuah single terbaru yang
diberi judul MASIH BELUM
LUPA.MASIH BELUM LUPAadalah
hasil sentuhan Ade
Govinda yang sebelum
ini pernah menghasilkan
lagu berhantu Tanpa Batas Waktu dendangan Fadly dari kumpulan
Padi.Berentakkan balada, MASIH BELUM
LUPAditulis berdasarkan pengalaman
hidup nyata Ade
tentang perasaannya yang masih sangat sulit untuk melupakan pengalaman
patah hati pernah dilalui.Lagu itu menurut Ade dicipta pada 2020 tetapi dia
hanya melamar Anneth pada 2021 berikutan pelbagai kekangan termasuk pandemik
COVID-19.
Menurut Ade
lagi, sewaktu menyiapkan
karya itu, memang
tiada penyanyi lain
terbayang difikirannya melainkan
penyanyi remaja itu kerana tertarik dengan vokal ‘husky’ dimiliki anak gadis
yang pernah mengungguli Best Asian Artis
di Mnet Asian Music Awards atau MAMA 2021 yang berlangsung di Korea Selatan
pada Disember lalu.“Projek lagu ini adalah antara yang terpanjang pernah
dihasilkan kerana banyak penambah baikkan dan juga pengubah suaian dilakukan
sepanjang perjalanan untuk menyiapkannya.“Sewaktu proses
membuat lagu MASIH BELUM
LUPAsaya merasakan hanya
Anneth yang bersesuaian untuk membawakan lagu itu, kerana
bagi saya dia seorang penyanyi yang sangat istimewa kerana mampu menyanyi dan
bikin lagu. Tidak
ramai penyanyi yang
mampu menulis lagu,
selain kualiti vokal
dimiliki Anneth yang pada saya berada pada kelasnya yang
tersendiri.“Sewaktu saya ‘approach’ Anneth, saya memberikan master dan video
lagu Mungkin Hari Ini kepadanya sebagai
rujukkan sebelum proses
rakaman dilakukan. Selain
itu, saya juga
memberi peluang kepada Anneth
untuk
menambah baik
bahagian yang dirasakan
bersesuaian dan perlu
kerana dia juga berpengalaman menulis lirik. Jadi saya
mempercayai kebolehannya itu,” kata Ade lagi.Sementara itu,
Anneth pula berkata,
dia sudah lama
mengidolakan karya Ade
Govinda. Justeru, saat menerima
tawaran untuk berkolaborasi, tanpa
berfikir panjang dia
terus bersetuju menerima
lamaran daripada Ade.Namun kata Anneth, dia menimba banyak pengalaman
baru sepanjang menyiapkan lagu MASIH BELUM LUPAyang disifatkan sebagai sangat
mencabar.“Saya memang sudah lama mengagumi karya-karya Ade seperti Tanpa Batas
Waktu yang memang sangat hebat.
Tapi saya tidak
menyangka akhirnya berpeluang
untuk berkolaborasi dengannya
dalam sebuah projek.“Dari awal
sebelum masuk ke
studio untuk proses
rakaman, Ade memberi
peluang kepada saya
untuk mendengar dan study lagu itu terlebih dulu. Sebaik memperdengarkan
lagu itu, saya akui ia sebuah karya yang sangat bagus, tapi sesi rakaman sangat
mencabar.
“Proses
rakamanberlangsung sehingga ke malam kerana banyak penambah baikkan perlu
dilakukan dari sudut vokal, dan ini bagi saya adalah lagu paling susah pernah
saya nyanyikan,” kata Anneth.Berkongsi
cerita lagi, kata
gadis kelahiran Balikpapan,
Kalimantan Timur itu
lagi, dia juga ‘dipaksa’ mengikut kelas tarian oleh Ade kerana Ade ingin
menampilkan kelainan pada muzik video Masih Belum Lupa.“Ketika Ade meminta saya
mengikuti kelas tarian kerana dia ingin saya sendiri menari untuk video klip
lagu itu, pada
mulanya saya sangat
terkejut. Tapi saya
menganggap permintaan Ade
itu sebagai satu cabaran
baru buat saya,
dan inilah masanya
untuk saya keluar
dari zon selesa
dan menunjukkan bakat menari pula,” katanya.Sementara itu
ditanya bagaimana dia menghayati lirik patah hati memandangkan dia masih
terlalu muda dan pastinya belum pernah melalui episod putus cinta. Anneth
berkata, ia tidaklah sesukar mana kerana dia hanya perlu menghafal serta
memahami lirik yang ingin dinyanyikan.“Selain itu saya turut merujuk kepada Ade
untuk bertanya bagaimana rasa sakit akibat putus cinta. Tetapi Ade menulis
lagu ini mengikut
kesesuaian usia saya
dan lagu ini
bukanlah sepenuhnya tentang
sakit dikecewakan tetapi bagaimana seseorang itu bangkit setelah melalui
episod kekecewaan,” katanya.MASIH
BELUM LUPAditerbitkan oleh
MyMusic Records dan
berkolaborasi dengan Rans
Musik sebagai label Anneth.MASIH
BELUM LUPAtersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music,
Joox, KKBox Deezer dan YouTube
Comments
Post a Comment