“MATAMATA” Rayi Putra
Tahun ini Rayi
Putra ingin mengembangkan satu lagi bakatnya. Selain melagukan rap, dan
menyanyi dia juga ingin menari. Setelah puas bergelar rapper dan penyanyi, dia
kini ingin mula menari.Tidak mahu melakukannya dengan separuh hati, dia mula
belajar seni tari dari penari profesional Ufa Sofura. Ternyata usahanya tidak
sia-sia. Biarpun dia tidak asing dengan dunia pentas dan persembahan, menari
mengikutkoreografi merupakan sesuatu yang sangat berbeza. Dengan niat untuk
menjadi lebih bagus, dia telah berlatih setiap bulan sepanjang tahun sehingga
kini. Ini akhirnya menjadi dasar untuk satu bab baharu dalam dunia Rayi
Putra."Selama ini saya tidak rasa yang saya mempunyai lagu solo yang sesuai
untuk ditarikan, sehinggalah kelahiran lagu ini,"katanya tentang single
terbaharunya “MATAMATA”.Demo ini telah menarik
perhatiannya dan
selanjutnya menjadi satu pengembaraan yang mengujakan. Lirik lagunya ditulis
oleh dirinya sendiri bersama STYPHT, dan diterbitkan oleh Oomax serta DJ CZA,
DJ tersohor dari Medan yang pernah mencipta nama dalam dunia hip hop Malaysia.
Melalui lagu ini, Rayi Putra telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dia
buat, iaitu melucutkan jiwa rap serta hip hopnya untuk seketika dan menggantikannya
dengan nyanyian serta tarian
sepenuhnya.Hasil
akhirnya benar-benar menakjubkandan mampu mengubah katalog peribadi Rayi
Putra.Bermula dengan irama xylophone dan bunyian whoa-ohyang bergema di latar
belakang, lagu ini pasti akan menggoda mereka di lantai dansa. ‘You’re on my
radar. Then you go,' begitu bait-bait lagunya yang menunjukkan dia gigih
‘mencari’.Tepukan pada pra-korus membina kemuncak lagu yang diakhiri dengan
korus yang meletup berbunyi ‘I’m looking for you. Using all means like spies,'
tanpa disedari, pendengar juga mula ‘tercari-cari’.Dia mendedahkan bahawa warga
net Indonesia yang suka mencari perkara remeh dan juga maklumat penting di
internet dengan penuh ketekunan menjadi ilham di balik lirik
MATAMATA. Dari situ
dia mengubahnya menjadi satu sketsa umum yang mencerminkan cabaran bercinta di
zaman digital: “stalking” atau menjejak orang yang disukai melalui media
sosial. Sebuah klip video dinamik dan penuh warna-warni untuk MATAMATAjuga
bakal menunjukkan kehebatan tarian Rayi Putrayang telah gigih dia pelajari.
Diarah oleh Chandra Liow dan Timo, ia turut menampilkan guru tarinya Ufa
Sofura, dan ia adalah video muzik paling unik yang pernah dia hasilkan.Walau
pun telah lama berada dalam industi muzik sepanjang lebih sedekad bersama
kumpulan RAN, Rayi berasa yang dia masih mencari satu identiti untuk projek
solonya. Namun dia menjanjikan satu perkara, iaitu dia tidak akan berhenti
mencari, menjelajah dan berusaha sehabis mungkin. “Buat masa ini saya gembira
dengan proses pencarian dan hasil kerja projek MATAMATA. Semoga ini menjadi
puncak kerjaya dan menjadi pembuka untuk projek solo saya yang lain di masa
hadapan," harapnya.Dengan pandemik yang kini (diharap) berada di
penghujung fasa, MATAMATA menjadi satu karya sempurna dan sesuai
untukdiraikan,sesuatu yang sangat diperlukan masa kini. Muzik baharu, identiti
baharu, Rayi Putra 2.0. Bakal didedahkan 25 Mac, 2022.
Comments
Post a Comment