'Star Vs Food Malaysia', rancangan realiti masakan tempatan dengan selebriti dan cef terkemuka
Astro dan
Discovery Networks mempersembahkan rancangan realiti masakan baharu, Star Vs
Food Malaysia, menampilkan barisan selebriti hebat Malaysia, digandingkan
bersama cef-cef terkenal. Tayangan perdana Star Vs Food Malaysia bermula
16 April di PRIMEtime (Saluran 704). Rancangan realiti masakan tempatan ini
adalah berdasarkan format asal Discovery, 'Star Vs Food', yang menyaksikan
kejayaan musim pertama di India.
Sharmin
Parameswaran, Naib Presiden, Perniagaan Antarabangsa, Astro, berkata, “Kami
teruja meneruskan penerbitan bersama dengan Discovery dalam mempersembahkan
tayangan perdana Star Vs Food Malaysia. Sebagai penerusan pelaburan kami
untuk mengembangkan senarai format kandungan tempatan yang relevan untuk
penonton-penonton, kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan lebih ramai
bakat tempatan dan pasukan produksi tempatan termasuk Creative Stew, untuk mengukuhkan
kedudukan kami sebagai destinasi hiburan tempatan yang terkemuka. Menerusi
penerbitan bersama dengan Discovery sebelum ini, untuk rancangan berkebun
tempatan, Green Crashers dan siri ulasan makanan tempatan, BEST.EVER.,
keduanya mendapat sambutan yang baik dan jumlah tontonan yang menggalakkan. Kami
berharap pelanggan juga akan menikmati bakat, jenaka dan kerja berpasukan
antara cef dan selebriti dalam Star Vs Food Malaysia.”
Vikram
Channa, Naib Presiden, Ketua Kandungan dan Produk, Asia Tenggara, Discovery, berkata: “Discovery
sangat teruja untuk melanjutkan kerjasamanya bersama Astro dengan pengumuman
tiga siri baharu yang memperjuangkan penceritaan, kreativiti dan bakat
tempatan. Format asal Discovery ini mencerminkan reputasi terkenal kami untuk
hiburan berkualiti, serta komitmen kami untuk membawa lebih banyak kandungan
tempatan yang relevan kepada khalayak ramai."
Siri 10
episod ini mempersembahkan konsep rancangan masakan yang unik di mana para
selebriti meneroka dan mempelajari resipi daripada cef serta penyediaan makanan
dengan cara yang mudah dan menarik. Star Vs Food Malaysia menampilkan
selebriti tempatan popular berganding bersama cef selebriti terkenal: Alif
Satar dan Datuk Aznil Haji Nawawi; Bront Palarae dan Dato’ Cef Ismail; Sherry
Alhadad dan Cef Adu Amran; Alicia Amin dan Cef Florence Tan; Che Puan Juliana
Evans dan Cef Najib Hamid; Hisyam Hamid dan Dato’ Cef Fazley Yaakob; Datin Lisa
Surihani dan Cef Melba Nunis; Daiyan Trisha dan Cef Fadzly Che Omar; Thanuja
Ananthan dan Cef Yogi; serta Joanne Kam dan Cef Nazri Jameson.
Star Vs
Food Malaysia melihat keriuhan yang berlaku di dapur, ketika selebriti
bertungkus-lumus menyediakan masakan yang lazat dan cuba mengasah bakat mereka.
Bercakap mengenai persembahan itu, Bront Palarae dalam satu kenyataan berkata,
“Pengalaman memasak Tempoyak dan Gulai Daun Pucuk Paku sememangnya tiada
tandingan kerana saya menyediakan dengan
tangan sendiri, tidak seperti menikmati hidangan tersebut di restoran. Saya
gementar tetapi Cef Ismail mendorong saya dan membantu keyakinan saya
berkembang. Seperti yang boleh dilihat pada video promosi, anda dapat melihat
saya bersungguh-sungguh mengupas sabut kelapa secara manual bagi mendapatkan
kelapa parut untuk hidangan dan pengalaman itu tidak ternilai.”
Tayangan
perdana episod-episod Star Vs Food Malaysia pada setiap Sabtu dan Ahad,
jam 12 tengah hari di PRIMEtime (Saluran 704) dan boleh distrim di Astro GO dan
On Demand.
Comments
Post a Comment