Skip to main content

Pemilik Hatiku pertaruhan HarsonBee

Nama penyanyi HarsonBee mungkin masih asing dalam industri.muzik tempatan. Namun, bakat dimilikinya tidak boleh dipandang sepi. Tidak hanya menyanyi, HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan turut berbakat dalam bidang penciptaan lagu. HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu,

HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya ciptaan sepenuhnya berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila ujibakatnya berjaya mendapat perhatian dari komposer ternama L.Y. untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, L.Y. Music Factory. Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan L.Y. sebagai penerbit. HarsonBee berkata ia sangat gembira lagu pertama dicipta dan digubah sepenuhnya mendapat Penerbit terkenal L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam
dunia seni”. "Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka.

 "Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu- satunya yang berada di dalam hati," katanya. HarsonBee berkata proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi.

"Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu
daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep 'bubblegum pop'. Ia adalah satu cabang
daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen 'catchy', 'cute' dan juga 'upbeat'.
"Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini
mengambil masa satu hari.SIARAN MEDIA
"Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu yang saya boleh katakan 'bulih pigi jauh ni' (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan beliau menghantar lagu Pemilik Hatiku ini sebagai ujibakat kepada L.Y.," katanya.
Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman diterbitkan
semula oleh L.Y. "Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh L.Y selaku penerbit. Lagu ini dirakam sepenuhnya di L.Y. Music Factory, manakala mixing dan mastering di Indonesia.

Video muzik (MV) lagu ini fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru dan menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. Konsep yang dipilih adalah 'story telling' dan ringkas saja. MV ini dibuat secara 'straight forward', ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya.
HarsonBee berharap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman
sekarang ini. Pemilik Hatiku boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26 January 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba